Multiple Pages

09/10/2011

Rancangan Hadi Menutup Kediaman Rasmi PM Apabila Menakluki Putrajaya.


Oleh: HHalem.
Segak Bergaya dan Tampan
Ukuran Norma Berpakian masakini seorang pemimpin.

1- PAS sejak awal lagi dan selama ini telah merancangkan akan menutup kediaman Perdana Menteri di Putrajaya jika mereka mengambil alih Kerajaan Pusat atas dasar negera kebajikan yang mereka laung-laungkan.

Hari ini perkara tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan penyataan rasmi oleh Haji Hadi Awang yang dikeluarkan oleh HarakahDaily.



“Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti” – Rasmi dari Hadi Awang di HarakahDaily. >

2- Perkara pokok bagi Hadi Awang ialah mengukur Negara Berkebajikan berdasarkan bil air dan elektrik di kediaman rasmi DS Najib. Mahalnya bil air dan elektrik sesebuah kediaman itu bermakna penghuninya tidak berintegriti langsung atau tidak beriman.

Secara rasminya juga Hadi Awang mengcop DS Najib tidak berintegriti. Lebih parah lagi DS Najib juga dicop tidak beriman. Memalukan lagi apabila Hadi mengcopkan rakyat sekarang rata-rata, termasuk rakyat Kelantan, tidak berintegriti langsung kerana dibawah naungan Kerajaan Pusat.

Hadi Awang juga mengukur ini semua dengan membezakan dua perkara iaitu sudah cukup jika berintegriti tetapi tidak beriman, atau beriman tetapi tidak berintegriti.

3- Bil api/air juga dipersoalkan oleh Hadi sebagai ukuran Negara Berkebajikan. Dari manakah ukuran perbandingan bil-bil api/air yang digunapakai oleh Hadi Awang untuk mengcopkan DS Najib tidak berintegriti dan tidak beriman hatta terus Negara Tidak Berkebajikan langsung?

Adakah ia dibandingkan dengan rumah beliau, rumah Pok Nick, rumah Anwar atau kediaman rasmi MB Kedah di Mentaloon atau di Penang dan di Selangor.

Oleh itu untuk menjadikan bil api/air kediaman rasmi Najib di Putrajaya at-par atau setara dengan impian dikepala otak Hadi, maka keseluruhan kediaman perlu bergelap atau ditutupkan sepenuhnya. Adakah mereka berbuat demikian setelah mengambilalih Kedah, Selangor dan Penang.

Di setiap kediaman rasmi Menteri Besar/Chief Minister di Kedah, Penang dan Selangor sebelum diambil alih oleh Pas juga dikatakan mahal dan pemimpin nya tidak berintegriti. Sekarang setelah diambil alih,  adakah bil-bil air dan api berkurangan. Ia menunjukan pemimpin PAS juga tidak berintegriti disetiap kediaman rasmi mereka disetiap Negeri.

Oleh itu Hadi belum bersedia memerintah Putrajaya kerana masih berfikir bil-bil api/air disangkakan murah seperti di rumah beliau.

4- Jelas Hadi Awang bukan sahaja ‘bercakap-pasar’ dengan rakyat malah beliau juga ‘berfikiran-pasar’ ketika memerintah PAS.

Adakah kita mahu negara diperintah oleh pemimpin PAS begini yang berotak-pasar dan berfikiran-pasar  selain bercakap-pasar untuk mewakili kita ke negara-negara luar.

Hadi Awang mungkin beriman tetapi tidak langsung ada integriti untuk memerintah, maka acuan yang tidak lengkap untuk menjadikan sebuah Negara Berkebajikan PAS.
Wanita Berkemban – Harimau Akan Mengaum Buas.

Hadi Berkain - Potong Karan   

5- Apakah yang membuat anda phobia apabila melihat Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin PAS yang berkain kehulu ke hilir?

Penulis sudah pasti kerana pernah melihat pemimpin berkain semasa banjir. Melihat bagaimana kain diangkat keparas atas sehingga boleh nampak teloq. Ini kah mereka yang akan mewakili kita ke negara luar yang dikatakan cukup berintegriti.

Anda patut cuba-try sekali sekala berkain dan berselipar dan merayau-rayau di pusat membeli belah. Mungkin ada syooookk dan ada uuummph.

Akhir sekali, adakah anda tidak berintegriti kerana bil api/air/telepone/astro dirumah anda melebihi RM500.00. Dan berkain dan berselipar ketika ke pusat membayar bil? Manakala bil jiran dikampong yang hidup susah hanya RM20, adakah anda golongan tidak berintegriti?

Dimanakah ukuran integriti?

Berapa kah bil api/air di rumah-rumah mereka ini?
Bil-bil pemimpin PAS dibanding dengan bil Putrajaya.
 Rumah MB di Kedah.

 Rumah bekas MB di Terangganu.

Rumah MB di Kelantan

6 comments:

  1. hadi awang tu sapa nak ukur keimanan orang.

    ReplyDelete
  2. Tak kuasa nak layan lebai sekor ni...minda cetek dan bongkak. Kalau pegang Putrajaya mesti hancur mcm pegang terengganu dulu...Cakap tak serupa bikin!!

    ReplyDelete
  3. Mentaliti standard PAS. Bila mereka jadi pemimpin, mintak didewa-dewakan tetapi mereka sendiri tak tahu menghormati dan menghargai pemimpin. Zuhud mereka hanya pada kain baju sahaja.

    ReplyDelete
  4. Penyokong pembangkang akan buat undi protes pada PRU13... apa pandangan anda...

    http://wubra.blogspot.com/2011/10/undi-protes-penyokong-pembangkang-pru.html

    ReplyDelete
  5. Belum MENANG berangan lebih hendak Menutup KEDIAMAN PM lepas tu buat MARKAS PAS ha..ha..

    Dulu kalau Menang mereka nak JUAL PUTRAJAYA itu aje yang mereka tau...Mentadbir Negara ZERO.

    Saya masih ingat dikalangan penyokong PAS pun kata PUTRAJAYA tu PEMBAZIRAN lepas tu ada dikalangan mereka dapat duduk rumah dan apartment mewah buat muka tak malu...DAYUS.Dicadangkan berilah kemudahan tesebut pada yang menyokong kerajaan dan yang tahu bersyukur.Memang ada dlm mereka yang MUSANG BERBULU AYAM.So PM Department watch out for those UNGRATEFUL CREATURE. Dulu Kini selamanya Insyallah UMNO dan BN akan mentadbir Malaysia menuju WAWASAN 2020.Moga Allah memberkati perjuangan dari hati yang suci bukan dengki.

    ReplyDelete
  6. SOKONG 100% pendapat Anon 12.20.PAS ANGAN lebih kalau Menang . KALAU?

    Dari dulu KALAU yang tak TERJANGKAU. Hadi jangan mimpi disiang hari.

    ReplyDelete