Multiple Pages

19/10/2011

TERKINI: Aziz Bari Berhadapan Di Buang Dari UIA. Terima Surat Tunjuk Sebab.


Oleh: HHalem.
Prof EGO - Keras Kepala
Keegoan Membawa Padah.

1- Aziz Bari akhirnya di siasat bertubi-tubi oleh pihak berkuasa di atas keceluparan beliau yang mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu, khususnya Baginda Sultan Selangor. Semalam beliau di siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ke-ego-an beliau memang disengajakan dan akhirnya mengundang padah, di sini>

Begitu juga hari ini apabila beliau disiasat oleh pihak polis mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Malaysiakini, rakan-subahat (partner in crime) Aziz Bari turut juga di siasat oleh SKMM dan Polis.

2- Menurut Mkini iaitu rakan subahat Aziz Bari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter) kepada Aziz Bari supaya menyatakan kenapa beliau tidak boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan Universiti.

Show Cause Letter ini merupakan satu siasatan dalaman untuk menyiasat tindakan beliau yang melanggar polisi, terma dan syarat perlantikan beliau sebagai pekerja.

Biasanya beliau perlu menjawap kembali surat tersebut didalam tempoh 7 hari.

Kegagalan beliau berbuat demikian atau ketidakpuasan jawapan yang diberi boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil atau paling teruk beliau akan berhadapan dengan Lembaga untuk proses pembuangan dari UIAM.

Kita tunggu dan lihat apabila Aziz Bari mengumumkan nanti bahawa beliau akan keluar atau berhenti dari UIA. Ini bermakna beliau telah dinasihatkan berhenti oleh pihak UIA untuk menutup malu beliau.  

3- Satu ketika dahulu ramai yang tertanya-tanya kenapa Tun Mahathir meletakan TS Sanusi Junid di UIA sebagai Naib Chancellor/Presiden. Inilah jawapan dan contoh terbaik yang telah terjadi, iaitu untuk mengelakan professor menjadi terlalu EGO/Keras Kepala yang boleh mencetuskan huru-hara jika dibiarkan.


11 comments:

  1. Hampir pasti dia akan spin pulak perlembagaan UIA. Dia tak akan tidur untuk mencari loopholes.

    ReplyDelete
  2. Tuan TIS:-)
    Biar dia spin sebanyak mungkin,Tuan.
    Lagi baik. Sbbnya dia x akan boleh cari makan lagi sebagai Pendidik selepas ini.

    Lagi dia spin,lagi kukuh bahawa AUKU tidak boleh di ubah2. Sbb contoh paling buruk ialah Aziz Bari.

    Kan setiap kejadian tu ada hikmahnya Tuan.

    ReplyDelete
  3. padan muka aziz bari, lagi baik tembak ngan senapang gajah jer!

    ReplyDelete
  4. Aziz ni orang ada otak. Dia buat sesuatu bukan without planning. Heran juga penat2 belajar sampai jadi prof dibuang begitu sahaja. Bukankah mengajar orang yg baik2 tu satu ibadah. Kalau satu hari ada 500 students x 10 ilmu = 5000 pahala. Darab ajelah 5000 pahala x sebulan atau setahun. Sebab tu jadi cikgu tu pekerjaan yg murni. Tak perlu lah nak berjuang dlm politik yg pura-pura. Kalau tak setuju sekali pun, kan ada jalan yang betul.

    Hmmmm....melayu juga yg kantoi. Bangsa lain tepuk tangan.

    ReplyDelete
  5. Betul betultu Tendang keluar je mamat tu.

    ReplyDelete
  6. pukimak anak haram tu elok sangat dibvuang dan lepas tu kita bagi dia ni penampor seorang sedas... anak haram anjing DAP bangsat dia ni

    ReplyDelete
  7. kalau seorang professor undang2 yg pakar dlm bidang perlembagaan tidak boleh mengeluarkan pendapatnya, ini satu kerugian kpd negara. Aziz Bari bercakap perkara yg dia pakar. apa yg dia kata mengenai kenyataan Sultan Selangor dlm isu DUMC itu berdasarkan undang2 dan prinsip rukunegara. Kalau dia nak kerja senang dan anugerah Dato, dia boleh kenyataan membodek (99% ahli akademik Melayu berbut begini).
    Inilah wira Melayu sebenarnya..Melayu yg tidak takut, kerana yakin dia benar...

    ReplyDelete
  8. Tuan Zulkifli:-)

    Tuan sendiri sebut dia Prof bukan. Maknanya Prof mesti beri pendapat di pentas akademik. Bukannya di platform politik.

    Pernah tak dengar org tua-tua cakap,kalau nak buat sesuatu itu biarlah bertempat.

    Kalau nak mandi tu biar lah di bilikair,kolam,laut,sungai. Ini Prof tu mandi di tengah padang bola. Malah dia pancing ditengah padang bola. Tak bertempat namanya. Tempat Prof sebenarnya di Tanjung Rambutan.

    Kalau nak kritik mcm Prof tu biar di Pentas Politik.

    Ahli politik pun x boleh melalak x tentu punca mcm PKR dan PAS. Tak bertempat.

    Bukti nya? Zul sendiri pun cakap 99% ahli akademik tertib dan bertempat.

    Jika 1% ni Aziz Bari,maknanya dia memang tersalah tempat lah. Rumusannya dia perlu di tendang ke tempat dn pentas politik.

    Kita muda-muda ni perlu hayati kata-kata org tua-tua (wise old man).

    Contohnya kata-kata Tun. "Kalau makan, bila rasa nak kenyang tu, biar berhenti".

    Boleh di apply kepada Aziz Bari.
    Aziz ni kalau dah tersilap cakap, biar tekan break,slow sikit. Jangan jadi Samseng dan EGO.
    Kalau nak terus juga, walaupun dah tersilap,maka SMMM,Polis dan DiBUANG dari UIA lah akibatnya.

    Makan kalau nak terus juga,walaupun dah kenyang,akibatnya mentekedarah namanya.
    Mentekedarah ialah muntah-keluar-darah sbb kenyang,


    TQ Zul krn beri pendapat:-)

    ReplyDelete
  9. Kehebatan manusia kerana diberi akal untuk berfikir. Manusia yang sentiasa bersyukur dan mempraktik 'humility" dan menggunakan akal untuk berfikir dapat menilai apa yang baik dan dituntut agama.

    ReplyDelete
  10. kiranya beliau didapati salahlaku hukum le dia mengikut peraturan yg sedia ada supaya menjadi pengajaran pada kakitangan yg lain

    ReplyDelete
  11. Aziz dan malaysiakini patut disaman kerana kritikan mereka x menepati undang2 Selangor dan mungkin bertujuan memprovokasi rakyat.

    ReplyDelete