Multiple Pages

17/10/2011

Tsu Koon: “Sanggup Di Korbankan Apa Sahaja”. Sanggupkah Berhenti.


Oleh: HHalem.

1- Setelah terkejut dengan gesaan Wanita Gerakan, yang kemudiannya membuat about-turn, Tsu Koon akhirnya membuat percaturan terakhir sebelum beliau berhenti sebagai Presiden Gerakan atau sekurang-kurangnya mengambil jalan panjang untuk selamat-air-muka dengan tidak bertanding pada PRU13 nanti.

2- Umno Penang perlu memainkan peranan lagi dengan mengasak kuat supaya Tsu Koon (=Gerakan) sedar siapa diri mereka di Penang. Jikalau Penang berjaya diambilalih semula sekurang-kurangnya muka Tsu Koon tidak lagi sebagai Chief Minister.

3- Ikuti cakap-cakap politik Tsu Koon yang mirip ala-ala Samy Vellu, bekas Presiden MIC yang terpaksa digulingkan seperti Pak Lah.

“Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan, tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk mengorbankan diri saya demi parti ”

“Apa caranya dan bagaimana ia akan dilakukan saya akan memberitahu anda kerana ini kepimpinan kolektif

“Saya berkata saya sanggup mengorbankan diri saya untuk parti.  Saya akan beritahu anda mengenai pengumumannya ”

-      Ucapan menutup Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan hari ini.

4- Tsu Koon akan berbincang mengenai pengunduran beliau secara kolektif dan terhormat bersama pucuk pimpinan Gerakan dan BN. Mesyuarat Perwakilan dan suara komponen Umno adalah kayu pengukur untuk beliau berundur.

No comments:

Post a Comment