Multiple Pages

21/10/2011

Video Parlimen Kecoh: Kes "PAS Liwat 3". Ini Tempat Sebenar Aziz Bari.


Oleh: HHalem.



...Petikan dari blog YB Zul Kulim..

“Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.


Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.

Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!

Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.

Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".

Ikuti lanjut di blog YB Zul >

...........................
Kepada peminat setia Prof Aziz Bari, di sini lah “Pentas Tempat Bertempat” untuk membuat apa sahaja cadangan yang beliau inginkan, bukannya diluar atas nama akademik

Di luar ialah tempat mengikuti dan mengajar undang-undang yang telah digubalkan, bukan tempat mengubahnya. 

Aziz Bari kalau teringin sangat, jadi lah seorang lawmaker atau pengubal undang-undang dan ubah kesemua segala apa undang-undang yang ada sekarang, jika Aziz Bari mampu. Nak duduk di Parlimen mestilah bertanding, isi borang PAS-PKR dulu. Itu pun jika mampu menyeberangi sempadan akademik memasuki gelanggang politik.

Ini lah perbezaan seorang pakar mengajar undang-undang seperti Prof Aziz Bari dengan pengubal undang-undang seperti YB Zul. 

Kalau nak tahu !!

2 comments:

  1. Macam mana nak gubal undang-undang, show cause letter pun dia suruh peguam yang draf.

    ReplyDelete
  2. Dia Pakar, Tuan:-)

    Semua org buat kat dia. Tu baru lah pakar namanya.

    Pakar kerja bercakap jer.
    Boss Pejabat2 kerajaan, dulu klu dengar Lawyer cukup takut. Kita tengok UIA macam mana pulak.

    ReplyDelete