Multiple Pages

16/11/2011

Chegu Mala Tenang: Meronta Merayu Pada Nizar Sebab Kehilangan Suami Ke Pengelih.


Oleh: HHalem.

1- Rupa-rupanya kesedihan dan tangisan tidak berlagu Chegu Normala Sudirman, selepas tewas di pilihanraya kecil DUN Tenang Johor mewakili Pas, akhirnya setelah kesekian lama mendapat perhatian dan simpati Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Perkara ini bukan main-main dan calang-calang kerana cinta bersemi Chegu Normala terhadap Chegu Maarof Muttalib telah kedengaran dan tercatit didalam Hansard Parlimen dengan bantuan Nizar.

Nizar mempertikaikan kesahihan Kementerian Pelajaran yang menukarkan Chegu Maarof dari sekolah di Tenang ke Tanjung Pengelih yang sejauh 250 kilo.

"Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?"

"Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke sekolah asalnya di Tenang,"

– Nizar mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Di petik Harakah >

2- Chegu Mala, Chegu Maarof  dan Nizar harus akur bahawa pertukaran ke Tanjung Pengelih tidak bersangkut paut dengan tindakan tata tertib oleh Jawatankuasa. Ia adalah dua perkara yang berasingan dan berbeza. Jabatan Pelajaran Johor boleh mengesahkan perkara ini.

Pertukaran ke Pengelih adalah atas alasan biasa atau luarbiasa yang dilakukan oleh Pengetua atau Guru Besar, sekarang di isi online, terus ke Kementerian. Dahulunya melalui PPD atau Jabatan Pelajaran Negeri. Ia adalah alasan tersendiri big boss atau atas dasar permohonan seseorang guru.

Dalam kes Chegu Maarof, alasan pertukaran beliau hanya diketahui bersama oleh Guru Besar berdasarkan rekod bertulis. Kekadang terdapat juga ia disebabkan permohanan guru tersebut yang telah bertahun-tahun yang baru hendak dilayan sekarang. Biasanya isteri mengikut tempat kerja suami tetapi Chegu Maarof sudah terbalik-kuang.

Manakala kes tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa dipercayai berkait rapat dengan cuti dan pemalsuan ‘sijil sakit’ Chegu Maarof yang berculang caling dan tidak tentu hala.

3- Hari ini, sekurang-kurangnya kita sudah ketahui bahawa nasib Chegu Mala tidak mendapat pembelaan dan ditinggalkan oleh PAS terkontang-kanting bersendiriann bermakan hati berulam jantung.

Apabila menjelang PRU13 Chegu Mala diperlukan kembali untuk bertanding di DUN Tenang, maka kelamkabut lah Nizar meraung di Parlimen.

Dengan itu, berani potong kuku, yang Chegu Mala akan bertanding semula di DUN Tenang dimana kes laki beliau akan dijadikan modal kempen gerak gempur untuk meraih simpati pengundi.

Sekarang kita ketahui bahawa Chegu Mala lebih cintakan dan taati Pok Nick dari suami beliau. Ini lah yang diajar oleh PAS.

4 comments:

  1. SEORANG CIKGU MINTAK TOLONG DARI BADUT SARKIS?

    ReplyDelete
  2. tanjung pengelih.....!!!!!pergi la cikgu...saya dah pernah dok sana ,,kampung saya lagi jauh kat kedah nun ....sekarang tanjung pengelih dah maju la sikit dari masa zaman saya dok dulu...haaa...haaa selamat bertugas.....

    ReplyDelete
  3. Pas buka satu sekolah dan panggil semua guru yg sokong pas mengajar di situ.

    ReplyDelete
  4. Bukankah kerajaan tak baik.Kenapa masih jadi guru kerajaan?BERHENTI LLEEEEEE.ITU PUN TAK BOLEH BUAT.....

    ReplyDelete