Multiple Pages

03/11/2011

Datuk Idris Haron: Sahkan Komplot 40 PKR Jatuhkan Khalid Ibrahim & Hassan Ali.


Oleh: HHalem.
Ahli Parlimen Tangga Batu dari UMNO, Datuk Idris Haron.
Sahkan Komplot 40-Penyamun.

Sebelum ini kita dengar dari pelbagai pihak yang kesahihannya selalu dipertikaikan oleh pembangkang, malah disangkal oleh Anwar dan Khalid Ibrahim sendiri, mengenai komplot untuk menjatuhkan MB Selangor dan Hassan Ali.

Semalam di dalam Dewan Rakyat, Datuk Idris Haron memgesahkan perkara komplot tersebut sekaligus memalukan pembohongan Khalid dan Anwar.

...Ikuti Sinar Harian di bawah...

Seramai 40 orang pemimpin PKR Selangor didakwa pernah mengemukakan memo mahu meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Tangga Batu dari UMNO, Datuk Idris Haron berkata, tindakan ini sebenarnya satu gerakan dalam PKR yang mahu menjatuhkan Khalid dengan tujuan mahu menggantikannya dengan individu tertentu.

Gerakan ini turut dipercayai mempengaruhi keputusan meminggirkan Exco Agama, Datuk Dr Hasan Ali dalam isu serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

“40 orang ini mengeluarkan memo mempertikaikan kewibawaan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Barisan Nasional (BN) tahu perkara ini tetapi kami senyapkan kerana ia melibatkan krisis dalaman parti.

“Tetapi sekarang mereka ini juga mahu mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,”
-      katanya dalam Dewan Rakyat semalam.

Ditanya siapakah 40 orang ini, Idris mendakwa mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen di Selangor.
......................
Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Seksualiti Merdeka 2011, Idris menegaskan penganjur perlu menghormati sensitiviti umat Islam walaupun ia dibuat atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.

“Agama rasmi persekutuan adalah Islam, majoriti adalah umat Islam, dalam Islam halal dan haramnya adalah jelas, jadi penganjur perlu menghormatinya.

“Ingin saya tegaskan, kebebasan tetap ada batasnya, apa yang saya risau pandangan antarabangsa yang akan melihat negara secara salah jika kita mendesak penganjur membatalkannya,” katanya.
  
Sumber 100% dari Sinar Harian

No comments:

Post a Comment