Multiple Pages

09/11/2011

Ku Li Rindukan Kebebasan Mutlak Semasa Zaman Tun Mahathir.


Oleh: HHalem.

1- Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata mereka menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) diatas alasan kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah..Sekarang ini nampaknya orang macam saya dan TS Kadir tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)..(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah” – Ku Li

Bagi setengah pandangan orang Umno, termasuk pandangan penulis sendiri, Ku Li ini adalah sampah yang hanya menunggu tarikh pelupusan yang masih lagi tersimpan didalam Umno. Malah Amanah ialah NGO sampah-sampah buangan Umno.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ku Li dan pengakuan beliau sendiri bahawa sampah-sampah seperti beliau tidak lagi ada ruang dan tempat bersuara didalam Umno. Siapa kah yang masih gemar pandangan beliau, malah suara beliau tidak lagi laku dan didengari. Beliau adalah dinasour yang pernah menjahanamkan Umno dan pengujudan Umno(Baru). Ramai yang masih ingat lagi keujudan dan berkecainya Parti Semangat 46. Bukannya silap Umno, tetapi memang beliau dibenci.

Ingat lagi skandal loan BMf? Lorrain Esme Osman baru sahaja meninggal dan tertanam bersama beliau segala rahsia Ku Li.

2- Ku Li seperti juga Anwar apabila memegang jawatan Menteri Kewangan telah menganggap mereka paling berkuasa didalam Malaysia dan tanpa segan silu dan terburu-buru hendak menjatuhkan Presiden Umno. 

Bagi Ku Li beliau berkehendakan “kebebasan mutlak”, seperti mana beliau bebas membuat sesuka hati seperti mengharamkan Umno. Beliau pernah nikmati kebebasan mutlak semasa zaman Tun Mahathir. Sebenarnya Ku Li kerinduan saat-saat manis beliau bebas dan sebebas-bebasnya nya di zaman Tun Mahathir.

3- Dengan apa yang beliau lakukan sekarang dengan menubuhkan NGO Amanah dan bercakap sana-sini mengkritik Umno dan Kerajaan, apa kah itu bukan kebebasan namanya.?

Apa kah pemimpin-pemimpin Umno yang kekadang terlebih bercakap menentang arus dan bercanggahan dengan Umno sekarang bukan kebebasan namanya? Contoh seperti Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.

Jika berkehendakan ‘kebebasan mutlak’, Ku Li boleh bercantum bersama PAS-PKR-DAP, mana lah tahu, kebebasan mutlak mungkin terdapat disana. Untung-untung Ku Li boleh mengantikan Anwar apabila beliau dipenjarakan. Pok Nick perlukan Ku Li. DAP perlukan kaldai baru. PKR akan hancur lebur berkecai.

Halatuju Ku Li tidak jelas dan beliau kesuntukan masa.

4 comments:

  1. aku sarankan ku li tubuh parti atas pagar PAP..ramai yg akan sokong beliau, buat manifesto baik punya dan logik utk rakyat...

    ReplyDelete
  2. Ramai yg atas pagar..bukan apa, muak dgn politik semasa..PR tertungeng-terlingkup x tentu hala..BN penuh dgn kronisma..rasuah,rakyat x ada pilihan terpaksa undi BN...rakyat pun ramai yg x tahu hala tuju sebenar politik kat Malaysia ni.kompius, kejap one Malaysia..kejap transformasi..ETP..DEB..mcm2 lah nak meraih undi..Mana x kompius..ONE MALAYSIA tapi sekolah Berjenis-jenis dah mcm maharaja lawak.Masalah One Malaysia mantam bekas PM kita pun kata x perlu.

    Ku li buat satu parti yg boleh meyakinkan rakyat kompom ramai yg follow.Bnyk otai2 UMNO yg masih ada pengaruh akan follow aku rasa.

    ReplyDelete
  3. Pandangan hhalem terlalu cetek dan mentah.

    ReplyDelete
  4. aku nak aje komen pada anon 00.12 tu..tapi aku malas sbb dah byk kali penjelasan aku bagi kat budak2 yg x cukup akal...tapi akhirnya...aku gak yg tension....!

    Tapi apapun inilah politikus Malaysia....kalo dulu TUN M still PM ku li akan cakap benda yg sama tiada ruang bersuara dlm kabinet Tun M....skrg ku li ulang balik skrip sama dlm kabinet Najib...

    erm...biasala tue...bila rasa x diperlukan...mula la main wayang...

    ReplyDelete