Multiple Pages

11/11/2011

Nurul Izzah Bertarung Menyelamatkan Kerusi Di Saat Akhir. Shahrizat Pula Semakin Tenat.


Oleh: HHalem.

1- Dalam minggu ini kita lihat Shahrizat bertarung habis-habisan untuk memperbaiki image beliau yang rosak teruk akibat kes lembu Feedlot Gemas. Beliau sebagai political figure dikatakan melakukan kesilapan besar dengan melibatkan diri dan berkepentingan yang bercanggahan (conflict of interest) didalam perniagaan yang dimiliki oleh suami dan anak beliau.

Tidak berapa kerat pemimpin-pemimpin Umno yang berani membantu menyelamatkan Shahrizat kecuali Noh Omar, Khairy dan Najib sendiri. Silap-silap haribulan mereka juga akan terpalit tahi lembu Shahrizat.

Shahrizat memerlukan kebijakan dan kemahiran tinggi dan nasihat pakar supaya kes lembu Feedlot ditukar dan di manipulasi dari bencana kepada satu perkara yang boleh membawa simpati rakyat kepada beliau.

Ini adalah kerana kempen pilihanraya untuk Shahrizat telah bermula di Lembah Pantai dengan tercetusnya kes lembu Feedlot. Shahrizat semakin tenat.


2- Berlainan pula dengan Nurul Izzah dimana beliau telah panik dan mula bertarung dan menyusun rapi strategi untuk menyelamatkan kedudukan beliau di Lembah Pantai.

Oleh itu beliau dengan bijak telah memainkan isu pengundi pos di kawasan Lembah Pantai dan meraih simpati yang beliau mungkin kalah kerana kononnya beliau akan ditipu.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."
-      Nurul dipetik Mkini.


Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Pada  26 September tahun ini, jumlah itu hanya 149 orang tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

Nurul Izzah cukup menyakinkan apabila berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

Ini semua membawa simpati rakyat kepada Nurul Izzah.


3- Untuk mengalahkan Nurul Izzah di Lembah Pantai sekali lagi Shahrizat memerlukan keajaiban menukar kes lembu supaya memihak dan meraih simpati kepada beliau.

8 comments:

  1. salam HHalem,

    saya tak setuju ! Mana ada shahrizat bertarung ? Orang lain yang tolong cover, dia relaks je. Selagi shahrizat ngan NFC tak keluar dan bersemuka dengan rakyat/media dan cerita SEMUANYA, selagi itu cerita tak akan habis.

    Lepas KJ menjawap, ramai yg bersorak suka ngat, ingat dah settle. Hah ! saya cakap dah benda ni tak akan settle selagi tak ditelanjang bulatkan NFC.

    Shahrizat sepatutnya BERKORBAN demi menyelamatkan maruah diri dan BN. Orang akan respek dia dan orang pun lihat BN 'bersih dan kelihatan bersih'. Kalau nasib baik, tidak ada saman atas Shahrizat, tapi dunia politik dah tamat.

    ReplyDelete
  2. Isu lembu ini bukan Sharizat saja terkena penyakit bahkan Umno terkena sama, PRU 13 nanti BN akan dijangkiti penyakit kuku & mulut, Jika x dikawal segera, olih itu DS Najib perlu memastikan bakal calon yang dijangkiti penyakit itu dibunuh.

    ReplyDelete
  3. Cuba baca blk....masa projek tu dia bkn MP pun. Nurul Izzah tu tak payah le nak cakap psl pengundi hantu ke apa ke....kalau buat kerja baik kat kawasan tu pengundi mesti pilih semula. Tanya diri dia sendiri ke cermin dan nilai bakti anda le....

    ReplyDelete
  4. Tuan Din:-)
    Sya setuju 100% dgn Tuan apabila menyatakan org lain yg tolong cover untuk Shahrizat.

    Tapi tak setuju 200% dgn Tuan Din, supaya Shahrizat di KORBANkan demi Umno.

    Lembu Tua dah liat dan masak, patut terus berjuang sampai rakyat tendang dia keluar.

    Lembu tua yg kena penyakit kuku & mulut, biar berjuang dan mati di Lembah Pantai. Jangan dibawa keluar Daerah krn berjangkit.

    Ingat Najib kena lebih teruk dari itu.

    ReplyDelete
  5. Abe Halim weh, kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah satu manifestasi kemarahan rakyat terhadap kebodohan Abdullah Badawi, bukannya faktor kekuatan Nurul Izzah atau kelemahan Shahrizat.

    At present, with the commotions in PR, and Anwar's countless scandals, Izzah started to sense the bitter taste of defeat. So what Izzah is having in mind, projecting the blame before the real battle begins.

    ReplyDelete
  6. salam HHalem - Bro punya cadangan lagi ganazzz ! Sekurang2nya kalau kita bawa lembu tua yang kena penyakit, bolehlah dia menikmati sisa2 hidupnya dengan tenang .... macam Syed cakap - mandi dalam kolam renang dikondo mewah.

    Bro nak lembu tua terus berjuang ? Teringat rancangan national geographic dimana dubuk2 yang muka macam sial, menghancur lumatkan mangsa. Bro tak de sikit perasaan belas kesian ... sadist, rakus !

    ReplyDelete
  7. hehehe Tuan Din;-)

    Macam mana ehh lembu tua Shahrizat dikoyak lumat oleh pemangsa..rakus dan sadist.:-)

    ReplyDelete
  8. Tuan Pok Su wehh:-)

    Couldn't agree more with you. What is Izzah doing is all planned. Come with tis Lembu case, is an added bonus to her.

    Ijat have to work doubly hard now.

    ReplyDelete