Multiple Pages

14/11/2011

PANAS Bung Mokhtar: Shahrizat Liabiliti Kepada Umno Dan Mesti Letak Jawatan.


Oleh: HHalem.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan”
Jangan Main Dengan Lembu, Selalu Tinggal Taik-lembu

1- Nampak gaya Bung Mokhtar naik semangat muda semula setelah mengalami kekusutan selama ini sehingga lah beliau menceraikan isteri pertama (Nor Asidah Alimuddin) dan kekalkan Datin Zizie Ezette sebagai isteri. Cerita penceraian Bung Mokhtar di sini >


2- Keberangan beliau kembali lantang kedengaran apabila beliau mahu "menteri kabinet" yang terlibat dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bung Moktar melenting ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab”

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan”

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya,"

Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti di petik Mkini.

3- Bung Mokhtar adalah Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN, dan apabila beliau bersuara biasanya akan dipersetujui oleh ahli-ahli BN yang lain.

Jika benar seperti yang dilaporkan, Shahrizat tidak lama lagi akan akur dan letak jawatan.

AMARAN KESIHATAN :
Mkini selalu cucuk sana cucuk sini untuk melaga-lagakan sesiapa sahaja, jadi berhati-hati dan kita tunggu berita yang boleh di konpomkan.

6 comments:

  1. Bro itu propaganda pembangkang saja, jangan kita terikut-ikut

    ReplyDelete
  2. Tu yang zizie sayang sangat tuuuuu .... semangat masih kuat ! hehehehe ..

    Tapi kalau terlebih semangat pun bahaya, mulut tak terkawal .....Menteri Kabinet yang terlibat ? Biar betul ..

    ReplyDelete
  3. Tanya shahrizat apa yang berlaku di hotel crown princess jln ampang kl tahun 1994?

    ReplyDelete
  4. pelik jugak dia ni. camana kalah pilihanraya boleh jadi ketua wanita. banyak duit agaknya. memang liabiliti.

    ReplyDelete
  5. demi nama bain umno/bn elok sangat lepaskan jawatan .tumpu pada bela lembu

    ReplyDelete