Multiple Pages

14/11/2011

Sekolah 9Jam: Guru Terlebih Gerak Gempur Dengan Bantuan PAS.


Oleh: HHalem.

1- Kes Guru 9Jam ini menarik juga untuk diperbincangkan.

Kerajaan telah mengumumkan Projek Perintis Guru 9Jam yang akan dimulakan January 2012. Di laporkan 4 negeri akan terlibat iaitu Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor dimana 104 sekolah dan 5,000 guru sekolah rendah dan menengah akan menjadi pioneer dan bahan ujikaji.

Guru sesi pagi akan mula bekerja dari 7.30 pagi hingga 4 30 petang. Manakala guru sesi petang akan mula bekerja dari 9.30 pagi hingga 6 30 petang.

Ramai guru-guru kedengaran membantah, bukan sebagai ahli politik, tetapi sebagai sifat semulajadi mereka sebagai seorang guru. Ada yang sangat gembira dan majoriti akur sebagai ‘saya yang menurut perintah’.

Yang membantah dan tidak mahu menerima pembaharuan dan penambahbaikan walaupun sebagai perintis ialah guru yang amat selesa dengan waktu kerja yang ada sekarang. Waktu sekarang sudah sebati didalam diri dan jiwa. Malahan jarang ada pekerja yang mahu kerja lebihan masa.

Jadual penghidupan seharian guru-guru telah disusun dan berkisar disekeliling waktu kerja separuh hari. Ramai juga guru mengambil peluang untuk melakukan kerja-kerja sambilan diwaktu petang seperti berniaga, bermulti-level, berpolitik dan bertusyen. Mereka inilah golongan pertama yang membantah keras.

Tidak kurang juga guru yang berkerja sehingga petang dengan tugas kokarikulum dan pelbagai lagi aktiviti rasmi sekolah. Guru ini lah golongan kedua yang amat gembira apabila mendengar waktu berkerja 9Jam.

Bagi guru perempuan yang sudah beranak-pinak yang berada dirumah sebelah petang tentu sebuk dengan anak-anak dan kerja dapur yang tak sudah-sudah. Mereka ini adalah golongan ketiga yang akur dengan, ‘saya yang menurut perintah’.

2- Seperti biasa apa-apa pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan BN akan dipolitikkan dan diperlekehkan oleh pembangkang Pas-Pkr-Dap.

Mari kita lihat Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad yang mengatakan, ‘tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar’

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran”

Rasional nya cukup mudah. Sudah bertahun-tahun dan sejak azali guru-guru selalu komplain, bersungut yang mereka tidak cukup masa. Mereka dibebankan dan terpaksa ‘bawa kerja balik rumah’.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak memikir panjang dan menggunakan slogan, ‘bawa kerja balik rumah’ untuk menuntut gaji guru supaya dinaikkan. Berkali-kali skim gaji dan elaun guru dinaikkan dan masih lagi kedengaran yang guru terbeban dan terpaksa  ‘bawa kerja balik rumah’.

Akibatnya sekarang, sendiri buat sendiri tanggung, kerana selalu komplain dengan tidak berkesudahan. Di dalam hal ini TS Muhyiddin Yassin cukup berani membuat pembaharuan didalam merungkai masalah guru tidak cukup masa, terbeban dan terpaksa ‘bawa kerja balik rumah’

Jikalau sudah berkerja separuh hari dan gajinya seperti gaji orang kerja 9Jam, maka masuk akal lah kerja terpaksa dibawa balik ke rumah. Logik dan sempat kah bagi golongan guru yang sibuk mencari extra income, golongan guru yang sibuk dengan aktiviti petang sekolah dan golongan guru yang sibuk dengan anak-anak waktu petang; dapat menghabiskan kerja-kerja sekolah dirumah dari jam 2 ke 5 petang?

Jadi, jalan penyelesaian yang mudah dan masuk akal ialah lakukan kerja-kerja sekolah, disekolah, bukannya di rumah, supaya 3 jam atau lebih digunakan sepenuhnya. Berbaloi dengan gaji 9Jam yang diterima sekarang.

3- Satu lagi statement dari Idris Ahmad, yang kata kawan-kawan yang mengenali beliau, memang beliau setara dengan Mahfuz Omar Samdol ialah;

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"

Banyak lagi pekerja di pejabat-pejabat kerajaan lain yang kerja ‘multi purpose’ dan bukan sahaja guru yang selalu digerak gemburkan.

Adakah semua guru didalam satu sekolah; memandu ambulan, menjadi polis trafik, menjadi pengawal displin dan menjadi pegawai kewangan? Didalam satu sekolah sahaja berapa puluh guru, malah berapa ratus guru bertindak seperti kata Idris Ahmad.

Pegawai kerani disekolah berapa kerat kah yang ada untuk menolong memasukan markah pelajar yang beratus-ratus, malah beribu-ribu pelajar didalam komputer. Dengan laptop yang ada untuk guru-guru, masuk lah markah sendiri. Laptop yang dibekalkan kerajaan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk kerja sekolah selain ditinggalkan dirumah untuk anak-anak bermain game dan guru-guru berfacebook.

Nama pun Projek Printis 9Jam, jadi kita tunggu dan lihat kebaikannya nanti. Guru-guru ni cukup selesa dan susah menerima pembaharuan dan penambahbaikan yang berterusan.

Penulis kenal ramai dengan guru-guru yang cukup berdedikasi, tidak kira waktu cuti panjang sekolah, malah kekadang wang ringgit dikorbankan demi minat bekerja sebaik guru dan bersama murid-murid sekolah. Tetapi harus diingat, bukan semua berpuluh-puluh guru yang terlibat serentak dengan kokarikulum. Ada jadualnya.



9 comments:

  1. Setuju sangat2 ngan penulis. Rata-rata pegawai kerajaan bekerja dari 8 pagi hingga 5 ptg. Tapi gaji bulanan lebih rendah dari guru. Guru dapat cuti penggal lagi.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya, tiada bangkangan dari pihak guru dengan projek printis guru 9jam, pasti akan melahirkan ramai lagi penuntut yang lebih pintar & Pihak guru akan lebih menghargai gaji yang diterima berbaloi dengan usaha & pengorbanan yang dicurahkan mereka.

    Contoh yang bolih dibuat, kecuali bagi pelajar2 yang sememangnya bijak semula jadi, kecermerlangan pelajar2 sederhana selalunya dikelas tambahan (tuisyen) berbayar, tetapi yang anehnya guru tuisyen ini kebanyakan adalah dari sekolah kerajaan, timbul persoalan kenapa? mata pelajaran yang di ajar dikelas tuisyen mudah difahami, berbanding sekolah.

    Contoh yang nyata mengenai anak saya, disekolah semasa tingkatan 5 sebelum SPM & berjumpa guru tuition, dia sering gagal dlm matematik, apabila berjumpa guru tuisyen, kebetulan guru sekolah dia yang mengajar kelas lain, dia mendapat kepujian diperingkat SPM & adalah salah seorang yang cemerlang dlm matematik diperingkat Diploma sekarang.

    Bagi saya para2 guru wajib pandang kehadapan, mungkin dengan memanjangkan waktu bertugas, para2 guru ini dapat memberikan tumpuan lebih kepada pelajar2 Lemah & sederhana untuk cemerlang tanpa perlu menghadiri kelas tuisyen berbayar, kita dapati kerajaan pada hari ini telah memertabatkan profesion perguruan diNegara kita pada peringkat yg tertinggi, olih itu para guru juga kenalah muhasabahkan diri mereka setimpal dgn apa yang mereka terima, orang lain sanggup berkerja 8-9 hari kenapa tidak mereka, & mereka masih ada cuti penggal serta cuti mingguan.

    ReplyDelete
  3. Tanggungjawab guru sememangnya berat memandangkan pelbagai beban yang terpaksa ditanggung.Walaupun secara teorinya guru berkhidmat selama 5 jam tetapi jika ditelusi,kebanyakkan mereka hingga petang.Tetapi ini adalah perintis projek dahulu.sama-sama kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  4. Setuju benar dgn Tuan Faruk:-)

    Secara kontrak rasmi guru bertugas 5 jam.
    Tapi mereka kerja lebih 9 jam yg mana 4 jam tak rasmi.

    Apa salahnya dan cantik sekali yg 4 jam tu dirasmikan. Semua org happy. Jadikan lah dia 9 jam, rasmi dan termaktub sah. Baru berbaloi dgn imbohan yg diberi kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  5. HH,

    ambo berblog bila ada kelapangan ja ..biasanya tengah malam/awal pagi hujung minggu...

    ReplyDelete
  6. anti bohmau 20.05, aku ingat jika hang berblog waktu lain, dapur rumah hang x berasap, anak bini hang lari tinggal hang sorang terkonting-konting.

    ReplyDelete
  7. Kepada mereka yan gsetuju untuk guru bekerja 9 jam..sial jadi guru sepenuh masa selama setahun selepas itu cuba lihat apa sedang berlaku. Kalau saya duduk di pejabat tiada keperluan seperti mana beban dipikul oleh gur. elok pegawai kementerian semua turun jadi cikgu dulu. duduk dalam bilik aircond todak perlu mengajar..masuk kelas baru tahu tinggi rendah tugas sebagai seorang guru.

    ReplyDelete
  8. Anon 08:52, Hang patut bersyukur ditakdirkan menjadi seorang guru, jika jadi buruh binaan, bukan saja tiada aircond, kipas angin pun x merasa, kasihan mereka, tetapi mereka tabah.

    ReplyDelete
  9. ibu bapa sekarang ini nak jaga anak 2 atau 3 orang anak pun dah bermasalah.Guru pula menjaga/mengajar 40 orang murid dalam satu kelas.Adakah anda fikir 40 orang murid itu berperangai baik/sopan seperti anda atau anak anda itu?...ada setengah kelas cuma 20 orang sahaja yang mahu belajar dan buat kerja yang disuruh guru. Selebihnya tidak mahu buat latihan, tidak dengar arahan guru dan sebagainya. kalau guru tegur/marah, selepas itu kereta guru akan dicalarkannya. Kalau dirotan, esok emak bapa akan datang sekolah untuk serang guru. Ada juga ibu bapa ugut untuk bawa kes kemahkamah apabila anak mereka dirotan.Ada yang kata boleh guna cara psikologi....haha..betul, kalau guru tengah 'pujuk' pelajar ni supaya buat kerja/latihan, yang lain pula menjerit-jerit/bermain...guru pun manusia biasa..ada tenaga yang terhad, ada tahap kesabaran yang ternad....kalau guru umur 25 tahun, oklah tenaga masih banyak, fresh. Kalau guru berumur 50 tahun, naik tangga ke kelas di tingkat 3 dah termengah-mengah....Sesiapa yang kata guru cuma kerja 5 jam sahaja, bolehlah cuba datang sekolah dan cubalah jadi guru. Lepas tu barulah boleh beri komen.

    ReplyDelete