Multiple Pages

04/11/2011

Surat Pok Nick Selamatkan Nyawa SKMK.


Oleh: HHalem.
Bailout !
SKMK-Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd

1- Berikut ialah surat kenyataan media oleh Pok Nick yang di siarkan di facebook beliau mengenai keputusan kerajaan Kelantan membantu menyelamatkan syarikat bas SKMK yang tertua yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan.

2- Pok Nick sungguh perihatin dan seperti biasa Pok Nick tetap menyalahkan pihak-pihak lain. Kali ini beliau salahkan, “kewujudan perebet sapu dan persaingan dengan teksi” di atas kerugian SKMK.

3- Kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk membantu sebanyak RM100 ribu sebulan selama 4 bulan kepada SKMK. Dengan bantuan ini SKMK tidak akan, “mengurangkan laluan perkhidmatan” seperti yang dirancangkan. SKMK berumur 64 tahun dan mengendali 17 laluan dalam negeri.

Selepas 4 bulan, adakah SKMK boleh lagi bertahan dan dengan berapa lama, kerana ‘perebet sapu dan saingan teksi’ masih tetap ada?

Dengan umur SKMK 64 tahun dan hampir sebaya dengan umur Pok Nick dirasakan terdapat perkara dibelakang tabir yang lebih rumit selain daripada masalah ‘perebet sapu dan saingan teksi’ yang merugikan SKMK.

....Surat dari Pok Nick........

Yang Amat Berhormat
Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Berhubung Cadangan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) Untuk Menghentikan Perkhidmatan Bas Berhenti-henti “Cityliner”

1- Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan atau ringkasnya SKMK, merupakan pengendali pengangkutan bas yang ternama di Kelantan dan di Malaysia. Syarikat ini mengendalikan perkhidmatan yang pelbagai, antaranya ialah Bas Cepat atau bas ekspres (tanpa berhenti-henti) yang menghubungkan seluruh jajahan dan bandar-bandar utama yang terdapat di Negeri Kelantan. Selain itu SKMK juga menyediakan perkhidmatan Bas antara bandar yang beroperasi secara berhenti-henti (Cityliner), bagi menghubungkan bandar-bandar utama, sederhana, kecil dan kawasan-kawasan setempat.

2- Hakikatnya SKMK yang ditubuhkan pada 24 Februari 1947 ini telah banyak menabur jasa kepada seluruh rakyat Kelantan dengan perkhidmatan pengangkutan untuk semua jenis peringkat rakyat. Bagaimanapun, ekoran kenaikan harga minyak dan pelbagai kos termasuklah untuk tujuan penyelenggaraan kenderaan, SKMK telah melahirkan hasrat untuk menghentikan perkhidmatan bas henti-henti Cityliner atau sekurang-kurangnya mengurangkan laluan perkhidmatan melalui sepucuk surat kepada saya baru-baru ini.

3- Pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah diberikan taklimat sebanyak dua kali dan kerajaan melihat kewajaran di sebalik perbehentian perkhidmatan tersebut ekoran kos yang terpaksa ditanggung oleh SKMK yang akhirnya mengakibatkan kerugian. Manakala faktor lain termasuklah kewujudan perebet sapu dan persaingan dengan teksi dan kadar tambang rendah yang dikawal turut menyumbang ke arah kerugian tersebut.

4- Bagaimanapun, pihak kerajaan melihat perbehentian perkhidmatan bas henti-henti Cityliner ini akan memberikan implikasi besar kepada rakyat bawahan termasuklah para pelajar yang telah menggunakan perkhidmatan ini sekian lama. Justeru, pihak kerajaan di dalam mesyuarat Exco yang lepas telah membuat keputusan untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM100 ribu sebulan kepada SKMK bermula bulan November 2011 selama empat bulan untuk tujuan menampung kerugian yang sedang ditanggung. Manakala di dalam mesyuarat semalam iaitu pada 6 Zulhijjah 1432 H bersamaan 2 November 2011 M, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan  satu Jawatankuasa Teknikal Pengangkutan Bas untuk membincangkan langkah pemulihan berikutnya. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Mejar (B)  Dato Haji Mohd Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar serta turut disertai oleh beberapa orang exco dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri Kelantan.

5- Kerajaan Kelantan dengan segala kemampuan yang ada akan terus berusaha untuk memastikan keperluan rakyat terutamanya kelas menengah dan bawahan tidak terjejas dan ini termasuklah memastikan perkhidmatan bas henti-henti Cityliner yang telah banyak menyumbang kepada rakyat Kelantan dapat diteruskan.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormat,

Yang Amat Berhormat
Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 7 Zulhijjah 1432 Hijrah bersamaan 3 November 2011 M

5 comments:

  1. Ni bukan bailout ke??? Mereka buat boleh je, kerajaan BN buat dikatakan kroni. Sial punye PAS Taliban...

    ReplyDelete
  2. Banyak perkara yang BN buat semua dijadikan isu. Ada rakyat yang terima bulat-bulat je kerana mereka tak faham apa apa pun tentang hal-hal pemerintahan. Sekarang ni kalau Pas buat ... ada ke orang Pas nak komplen ye?

    ReplyDelete
  3. TU dia, dok pembangkang mengutuk kerajaan tak pandai mentadbir pengangkutan awam, gedebuk sebiji kan kelantan pun terjadi...masyallah..tuhan yang maha agong..dah 64 tahun baru nak wujudkan jawatankuasa teknikal pengangkutan bas?...heh lepas ni pok nik kena jumpa rapidkl lah nak minta nasihat....

    ReplyDelete
  4. Tolonglah sesekali muhasabah diri dan selidikilah dengan teliti bahawa sebenarnya PAS tidak lebih dari perosak Melayu dan Islam... Ya!! percayalah( hanya untuk yang tidak terlalu taksub) kalau dah syok sangat kepada PAS lantaklah..

    ReplyDelete