Multiple Pages

25/11/2011

Undang-undang Tidak Boleh Sentuh Trade Union. Kebal Mutlak Dan Tak Makan Saman.


Oleh: HHalem.
Pelik Tapi Benar – Imuniti Mutlak

1- Sungguh mengejutkan apabila membaca berita bahawa Kesatuan sekerja MTUC/NUBE atau mana-mana Kesatuan sekerja sekali pun tetap kebal dan tidak lut dek saman. Iaitu sesiapa pun tidak boleh menyaman Kesatuan Sekerja atau wakil mereka. Pelik tetapi ia benar dan masih lagi terdapat undang-undang tersebut di Malaysia.

Pengubal-pengubal undang-undang/lawmakers harus membuat sesuatu mengenai perkara ini. Baca berita yang dipetik dari MInsider.
.....Petikan berita..
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.


Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah,  malahan jika pun,  wakil kesatuan telah memfitnah pihak majikan.

“Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort,  jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu ” katanya.

Oleh yang demikian,  beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan setiausaha agungnya J Sandagran Solomon.

No comments:

Post a Comment