Oleh: HHalem.
Sejarah Istana Negara Lama
Menurut sejarah, bangunan Istana Negara Lama telah dibeli dari seorang jutawan dari negara China, Chan Wing, pada harga RM150,000 yang kemudiannya digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga RM328,000 selepas Jepun menyerah kalah.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengubahsuai bangunan tersebut untuk dijadikan istana asal DYMM Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah dan digunakan sehingga tahun 1957.
Setelah Tanah Melayu merdeka, istana tersebut telah dibeli oleh Kerajaan Persekutuan pada harga RM1.4 juta yang kemudiannya diubahsuai dengan harga RM328,000 bagi kegunaan DYMM Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Yang di-Pertua Negeri Sembilan, Al-MarhumTuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad.
Menurut rekod, Istana Negara itu telah diubahsuai oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), E.K. Dinsdale, bersama beberapa kontraktor tempatan menjadikan istana tersebut memiliki 20 buah bilik, ruang dapur yang mampu memuatkan 100 orang, sebuah balai mengadap, empat buah bilik tetamu, dua buah balai kemasukan dan sebuah dewan santapan.
Di petik dari MyNewsHub >
Gambar-gambar dari dalam Istana Negara.
No comments:
Post a Comment