Oleh: HHalem.
Apa kah rahsia hubung kait Anwar-Abuya?
Ada kah Anwar Pernah Merancang Bersama Abuya Arqam Mengulingkan Kerajaan?
1- Semalam terbaca cerita di Empayar Pemuda yang menyelak-yelak cerita-cerita lama mengenai YB Zul dan Abuya Arqam, tetapi ia masih lagi berguna disaat ini untuk mendedahkan keburukan Anwar yang boleh menjahanamkan negara.
Rupa-rupanya YB Zul adalah seorang yang ‘simpatisan’ kepada perjuangan kumpulan Arqam. Mungkin beliau bukan anggota Al Arqam tetapi beliau seorang yang simpati dengan segala perjuangan Arqam dan Abuya.
“Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum (Abuya). Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara”
“Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam”
“Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994” - YB Zul Kulim
Kita tidak mahu mempertikaikan ‘simpatisan’ YB Zul terhadap Abuya, tetapi YB Zul harus akur bahawa jika perumpamaan sebatang pokok ditebang dan dibiarkan akar umbinya hidup, dirasakan anak batang pokok tersebut akan perlahan-lahan tumbuh hidup kembali. Malahan saki baki akar umbi kumpulan Arqam sehingga kehari ini masih lagi segar hidup.
Terkini buku kumpulan tersebut yang kontravesi, ‘Seks Islam’ juga turut diharamkan kerajaan. YB Zul berperinsip menentang pengharaman oleh kerajaan terhadap rangkaian Arqam dan amat kagum dengan rangkaian perniagaan mereka. Oleh itu ada kah ini bermaksud dengan tidak secara langsung YB menyokong segala tindak tanduk Arqam termasuk menyokong buku seks tersebut. Buku seks di sini >
2- Cukup menarik juga membaca tulisan YB Zul yang lepas-lepas kerana masih ada lagi rahsia yang YB Zul simpan sehingga ke hari ini, terhadap diri Anwar yang masih belum didedahkan oleh beliau ketika bersama Abuya.
“Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum”
“Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum”
“Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah” – Kisah benar YB Zul >
3- Kita hargai dan hormati prinsip YB Zul dan juga menghormati rahsia yang di simpan oleh beliau sehingga kini.
Tetapi jika rahsia-rahsia tersebut boleh membantu mengkuburkan Anwar apasalahnya dikongsi bersama rakyat. YB memilih prinsip beliau dan menyelamatkan negara Malaysia yang tercinta ini.
Mungkin tidak keberatan bagi YB Zul mendedahkannya, jika beliau boleh membantu menyelamatkan seluruh umat manusia di muka bumi Malaysia ini dari Anwar.
Perlukah YB Zul berahsia mengenai Abuya-Anwar sehingga kini?
Apa kah hubung kait Anwar-Abuya? Apa kah rahsia tersebut?
Ada kah Anwar Pernah Merancang Bersama Abuya Arqam Mengulingkan Kerajaan?
Jika 'YA' tentu YB Zul tahu.
Saya bekas ahli Arqam, keluar semasa Naib Syeikhul Arqam, Allahyarham Ustaz Mokhtar Yaakob mengumumkan bahawa dia keluar dari Arqam kerana Arqam sesat. Arqam mmg ternyata sesat dari segi aqidah, kerana itulah kami yg sedar di dalam pertubuhan itu cepat-cepat keluar untuk menyelamatkan iman dan aqidah kami.
ReplyDeleteSemasa Abuya ditangkap di Thailand oleh PDRM, (seorang kawan rapat satu kampung dgn saya adalah salah seorang SB yg bertanggungjawab menyoal siasat Abuya), Abuya telah ditahan dalam ISA.
Semasa disoal siasat, Abuya berpura-pura sakit, pakai tongkat, tetapi setelah disergah SB dia terus buang tongkat itu dan terus sihat seperti sediakala. (Penipuan Abuya mmg tahap excellent).
Abuya juga mengaku bahawa sos keluaran Arqam (sekarang dikenal sebagai Al-Rufaqa') adalah dibeli daripada pengusaha berbangsa Cina. Arqam sudah tidak memiliki kilang lagi, mereka tidak lagi menghasilkan produk seperti dulu, seperti mee, sos, kicap dan sebagainya.
Sayang sungguh sekiranya YB Zul adalah simpatisan Arqam dan membela perjuangan mereka. Saya agak kagum dgn beliau sebelum ini, tetapi jika beginilah pendirian beliau, saya tidak lagi menghormati beliau.
Beliau ini lebih kepada politik daripada membela Sunnah Nabi.
Pura-pura sakit:-)
ReplyDeleteTeringat Anwar berbalut leher.
Kalau SB serkah, mcm mana pembalut leher? Tercabut?
Tapi Anwar ni dah lebam biji mata pun.
Liat sungguh.
Zul Kulim...munafiq kelas atasan. memang patut le Umno dan blogger upahanya percaya kat munafiq ini. Apa ciri munafiq? Diberi amanah dikhianati...dan suka cakpa bohong.
ReplyDeletemamang tahap lulusan PMR, blogger umno. Balas ex-Arqam macam budak terencat akal. dia mencerita kesah ex-Boss dia, kau cerita kesah lain.