Oleh: HHalem.
1- Hari ini portal kegemaran Aziz Bari, MInsider menyiarkan bahawa Aziz Bari ada hati dan berminat untuk berpolitik dan bertanding diatas tiket Pakatan Rakyat.
Untuk menunjukan bahawa beliau tidak begitu kemarok untuk menyertai mana-mana parti politik, Aziz Bari berkata beliau tidak begitu ghairah buat waktu sekarang dan “masih terlalu awal untuk membuat keputusan”.
Didalam celah-celah tidak begitu kemarok dan tidak begitu ghairah dan ‘masih terlalu awal’, Aziz Bari sempat mempelawa diri beliau untuk bertanding sebagai wakil rakyat.
“Maksud saya seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka ”
- Aziz Bari kepada MInsider melalui kiriman emel>
Syarat yang diletakkan oleh Aziz Bari cukup mudah, iaitu beliau, “hanya mahu menjadi wakil rakyat”, tidak lebih dan tidak kurang.
Nampak benar Aziz Bari belum mahir dan arif didalam bidang politik. Belum tahu sepak terajang, cantas menyantas sesama kawan terutamanya didalam PKR bersama Anwar dan Azmin Ali. Itu belum diambil kira lagi bab-bab tikam menikam belakang.
2- Jika pandangan Aziz Bari bahawa, “menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti”, memberi erti bahawa beliau akan lunyai dikerjakan oleh Anwar dan Azmin atau pun oleh Karpal dan Pok Nick, jika beliau memilih mereka untuk bermesra politik.
Aziz Bari akan kecundangan dan tidak akan lama didalam parti politik, jika itu konsep pegangan beliau sekarang.
No comments:
Post a Comment