Multiple Pages

18/12/2011

Dewan Ulamak Pusat Tempelak Mustafa Ali Dan Mahfuz Omar.


Oleh: HHalem.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Hj. Harun Taib merangkap Adun Manir, membidas dan menasihat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, agar tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah.

Sebelum ini Mustafa Ali telah menyerang bertubi-tubi terhadap Hassan Ali dan Nasharuddin secara peribadi (disini >). Hal ini memberi gambaran bahawa Mustafa dan Mahfuz telah mengalami ‘mental block’ seperti ‘buta fikiran’ yang di ucapkan oleh Hassan Ali. Fikiran tertutup ini memang telah lama di alami oleh pihak pemimpin Pas.

Ini menyebabkan Harun Taib lantas mengulas tentang perkembangan terkini PAS yang suka tuduh menuduh. Ia cara tempelakan orang yang berilmu tinggi.


"Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan 'mengekal'kan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam" – Harun Taib  

Apa yang disebut oleh Harun Taib, sebagai Ketua Dewan Ulama menunjukan bahawa Mustafa Ali dan Mahfuz Omar tidak menunaikan “tanggungjawap syar’ie dan tidak bersandarkan kepada ajaran Islam’ apabila mereka bermula menyerang Hassan Ali dan Nasharuddin. 

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam”  
- Harun Taib dipetik dari Dewan Ulamak Pas Pusat >

Bukan setakat itu sahaja, Mustafa dan Mahfuz tidak langsung  ‘bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam” 
  
Sebenar-benarnya pemimpin PAS cakap tidak seperti bikin.

4 comments:

  1. Puak2 Pas, Mental block, Puak2 Pkr pula mental pungkor, elok dah, la tu.

    ReplyDelete
  2. Entahlah apa nak jadi puak-puak PKR ni?, hati mereka telah dihitamkan. Karpal singh pun dah suruh Anwar bertaubat...
    P/S
    Pas skrang ni dipenuhi puak2 juak2 Aljuburi...

    ReplyDelete
  3. Hairul ...apa nak kita hairankan, inilah fenomena politik, pemimpin politik kalau tersalah cakap macam mana sekalipun kena depa terpaksa pertahankan. Laksana no 1 dengan huruf Alif, depa akan cakap kita yg Salah Tafsir atau Tafsir itu adalah hak peribadi (Mat Sabu dgn Komunisnya). Kapal Sink bukan ajer suruh Anwar Taubat tapi dia jugak adalah individu yg pertama dedah Nuar Brahim perihal aktiviti liwat dan seks haram. Yg paling BEST dia pulak duduk dalam barisan peguambela Nuar bagi kes Seyfol. Episod yg paling MENYEDIHKAN adalah tamparan paling PERIT penyokong AMBIGA yg rata2 orang Melayu kita .. Ambiga SOKONG Seksualiti Merdeka .. JADI nya semua penyokong Ambiga puas lah duk EXPLAIN kepada anak2 mereka, isteri mereka, Mak dan Bapak mereka bahawa Sokongan Ambiga terhadap Seksualiti Merdeka itu ADALAH BENAR DAN PATUT !!!!!! Jum kita tengok balik rakaman video clips yg berlambak dlam Y.Tube .. Lihat muka-muka puak-puak ini .. penyokong Buta Mata dan Hati .. entah kenal atau tidak siapa sebenarnya si Ambiga ini ... Sokong Bawa Rebah.

    ReplyDelete
  4. Sewaktu Hassan Ali ceburi politik (hampir sejurus selepas Anwar gugur dari kabinet Tun M), saya rasa ianya satu kesilapan terutamanya apabila beliau memilih PAS. Saya ada banyak sebab mengapa saya mendakwa ianya satu kesilapan akan tetapi saya rasa pembaca akan muak sebab ia terlalu panjang dan mood pembaca akan down to zero. Terutama apabila Hassan Ali berada di Gombak, dulu dibawah UMNO, ibu tunggal di Simpang Tiga dapat bantuan yang amat memuaskan menerusi Yang Berusaha Cikgu Senah. Tapi apabila Hassan Ali ambil alih, maka bantuan yang dulunya memuaskan harus lebih HEBAT akan tetapi ia bertukar kepada lebih MEMALUKAN. Saya ada bukti tapi tak perlulah nak memalukan lagi sebab Islam tidak mengajar saya berbuat demikian. Alasan !!! Saudara Hassan Ali, saya harap anda sudah mendapat iktibar dan tepuk dada tanya selera. PAS ... jangan pulak suka sangat ambik orang/TERIMA ahli baru yg 'KONON' nya berwibawa sebab POPULARITI dan boleh pulak dibenarkan bagi SYARAHAN POLITIK sewenang-wenangnya seperti "BOB LOKMAN" ..
    Apapun saya sokong Hassan Ali dalam bab 'Gereja di PJ" tempoh hari. Penderian dan tindakan saudara memang saya puji dan Pendirian PAS Pusat untuk issue tersebut (tidak bersetuju dengan tindakan anda) memang sangat MEMALUKAN dan AIB kepada Agama Islam. Betul pendapat MARIA KAMARUDDIN, PAS adalah lebih kepada PEROSAK Islam pada akhir-akhir ini sebab saya dengar Ronnie itu memang samseng besar dan tidak kurang si Nyonya tu. Subahanallah ... Oh ya, tak perlu lah cakap Hassan Ali itu terpengaruh dengan UMNO sebab saya rasa pembaca lebih bijak dari barisan Kepimpinan PAS sekarang ini. Bukan begitu para pembaca ?

    ReplyDelete