Multiple Pages

17/12/2011

GILA: Mustafa Menyerang Dan Dedahkan Aib. Hassan Herdik Mustafa Sebagai “Mental Block”.


Oleh: HHalem.
Mental Block - “Jangan Berfikiran Tertutup”

1- Usaha berterusan untuk membunuh kerjaya dan image Hassan Ali dan Nasharudin dilakukan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Kali ini, sekali lagi Hassan dan Nasharudin diaibkan dengan kenyataan bahawa mereka kaki ponteng mesyuarat-mesyuarat Pas.

Harakah dan Harakahdaily memetik Mustafa bahawa;

“Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS”

“Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan”

2- Serangan oleh Mustafa ini terhadap Hassan dan Nasharudin dikatakan terancang dan tersusun kerana pendedahan temuduga semalam bersama Mustafa, tidak menyebutkan perkara ponteng mesyuarat ini oleh Harakah. Keburukan kedua-dua mereka dikeluarkan satu persatu.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat”

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir mesyuarat”

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir,"
Mustafa Mental Block Di Tahan.


3- Ekoran niat jahat dan komplot menjatuhkan mereka berdua Mustafa berterusan meniupkan semangat benci terhadap Hassan dan Nasharudin. Beliau menuduh mereka berdua berniat menyerang PAS dan menjadi alat Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS,"

Isu tidak hadir mensyuarat ini telah timbul sejak dulu lagi dan ia telah lama di jawap oleh Hassan dan Nasharudin. Bila ia ditimbulkan semula oleh Mustafa, nampak jelas niat hati busuk Mustafa dan pemimpin Pas untuk menjatuhkan Hassan dan Nasharuddin.

4- Sebagai tindak balas kerana di aibkan, Hassan Ali mengherdik Mustafa dengan mengelar Mustafa telah mental block.

Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti ”.

Pemimpin tertinggi PAS sendiri yang mengelar orang-orang PAS telah ‘mental block’ atau ‘buta fikiran’ atau ‘fikiran tertutup’

4 comments:

  1. Nampak benar PAS sekarang telah menghadapi krisis
    dalaman yang hebat akibat daripada penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin2 PAS.

    ReplyDelete
  2. INILAH PAS SEBENARNYA.....BILA DAH HABIS KUTUK,MAKIHAMUN DAN FITNAH UMNO SEKARANG ORANG MEREKA SENDIRI PUN MEREKA AKAN KUTUK DAN AKAN KELUARLAH CERITA2 PRILAKU AHLI MEREKA SENDIRI...

    KEEP UP THE GOOD WORK ...MENTAL BLOCK.

    ReplyDelete
  3. INI SEMUA KIFARAH TERHADAP PARA MUNAFIK DIDALAM PAS YANG MENYOKONG ANUWAY ALJUBURI YANG SEDANG DIMAKAN SUMPAH.SEKARANG PAS SEDANG MENERIMA BALA TEMPIAS SUMPAHAN SAIFUL DAN DATUK ESKAY.

    ULAMA PAS HARUS BERTAUBAT.

    ReplyDelete
  4. kembalilah ke pangkal jalan,tanpa sedar semua melalut.

    ReplyDelete