Multiple Pages

15/12/2011

HIMPUN: Hassan Ali Melawan Arus Lagi. Akan Kecoh Di Perak Pula.


Oleh: HHalem.

1- Ini berita baik yang harus kita terima dan bersyukur kerana Hassan Ali diberitakan menerima jemputan untuk menjadi penceramah undangan utama di perhimpunan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), kali ini di Kuala Kangsar Perak. Beliau diundang menjadi tetamu khas untuk memberi ucapan perdana pada Sabtu ini di Stadium Mini KK.

Sebelum ini Himpun di adakan di Stadium Shah Alam dan Hassan Ali turut hadir dan menerima kebencian dari Hadi Awang dan Pok Nick yang melarang ahli-ahli Pas hadir atas nama parti Pas, dan terpaksa mengiyakan kebenaran hadir atas nama individu.  Himpun di Shah Alam membincangkan isu Murtad di sini >

Kenapa Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor di pilih sebagai penceramah utama?


“Datuk Hasan dipilih kerana sikap beliau yang konsisten dan tegas dalam isu yang berkaitan dengan akidah umat walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai bentuk rintangan termasuk dalam parti beliau sendiri ”
- Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya kepada MInsider.

Adakah Hassan Ali telah mengesahkan akan hadir?

“Pihak Himpun difahamkan Datuk Hasan Ali telah menerima jemputan kami dan mengesahkan beliau akan hadir untuk memberi ucapan di Himpunan Sejuta Umat peringkat negeri Perak ”
- Aminuddin.

2- Kita tunggu dan lihat adakah pihak tertinggi Pas akan membantah atau ayat standard yang akan dikeluarkan berbunyi, ‘Hassan Ali hadir atas kapasiti beliau sebagai individu dan tidak mewakili parti Pas’.

Hassan Ali tahu beliau cukup konsisten didalam menogak melawan arus dan menimbulkan pelbagai kontrovesi dan kekecohan di dalam Pas kerana perinsip teguh beliau yang kadang-kadang bercanggahan dengan dasar terkini PAS. Prinsip beliau cukup jelas didalam video di sini>

Beliau kini berasa lega kerana prinsip utuh beliau telah mendapat sokongan padu dan pembelaan dari Tuan Ibrahim Tuan Man. TIT Man telah membela Hassan Ali mengenai kenyataan pra-matang Saari Sungib (di sini>) yang Hassan Ali mendapat sedikit cadangan di peringkat Negeri Selangor untuk bertanding pada PRU13 nanti.

Hikmahnya, sekarang kita tahu musuh ketat yang berhasad dengki terhadap Hassan Ali selain dari Khalid Samad ialah Saari Sungib, kerana motif kenyataan Saari terlalu pre-mature.

Penulis menyokong prinsip Hassan Ali dan supaya beliau terus berada didalam Pas dan berusaha berjuang demi perpaduan Umno-Pas.

4 comments:

  1. ustaz hassan ali adalah pejuang agama islam, bangsa melayu dan negara melayu sebenar...
    yang lain tu hancur...

    islam, akidah, bangsa dan tanah melayu semuanya digadaikan demi politik, pangkat, habuan, putra jaya dan yang paling malang demi rakan kafir mereka

    ReplyDelete
  2. patutnya ciri-ciri sebeginilah yang harus ada pada pemimpin2 Pas yg berjuang atas nama Islam tapi sebaliknya demi undi dan sokongan bangsa kafir DAPigs serta habuan duniawi, yang kita nampak adalah sebaliknya...begitu hina dan munafiknya pemimpin2 Pas...lebih2 lagi wali syaitannya n.ajis...phhtuihh..

    ReplyDelete
  3. Korang ni betui la buta perot.

    Pemimpin2 dan pengikut PAS yang lain tu bukan macham Dato Hassan Ali...Hati mereka Allah swt telah terbalikkan , hilang nur keimanan dan sanggup berseteru dengan sesama yang mengucap shahadah ....Mampos la PAS sekali denagn Nik Ajis dan Hadi Awang dan Haron Din.

    Hidup Dato Hassan Ali dan Ustad Nasharuddin..Allahuakbar !

    ReplyDelete
  4. TO anon 00:29

    Prof Harun Din terkecuali dalam hal ini. Beliau kerap tidak senada dengan Nik Aziz dan Hadi Awang dalam banyak polisi songsang PAS.

    ReplyDelete