Multiple Pages

05/12/2011

Kit Siang Pula Cabar Muhyiddin. Siapa Yang Mahu Hapuskan Raja-Raja.


Oleh: HHalem.

Muhyiddin Yassin Pecah Tembelang DAP.
Di dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno 2011, TS Muhyiddin Yassin bahawa;
  
“Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan”

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong”

“Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa”
-      Teks dan Video ucapan MYassin di sini, para 11 >

Kit Siang Cabar MY, Buktikan.
Kit Siang mencabar MY supaya membuktikan perkara tersebut bahawa DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

“Saya mahu tanya Muhyiddin pemimpin DAP mana yang berkata begitu dan di mana dia berucap dan bila dia berucap ”

-      Kit Siang di Majlis Rapat Rakyat Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi

Perlu kah TS Muhyiddin membuktikannya, atau tidak perlu?


Atau memang ia hakikat semenjak azali bahawa DAP, dengan tingkah laku dan buatan, memang menjurus ke arah itu.

No comments:

Post a Comment