Multiple Pages

13/12/2011

Mahkamah: Rentetan Penggulungan Hari Ke 2. Anwar Konfiden Gila Boleh Menang.


Oleh: HHalem.

Video pada Penggulungan Hari Ke 1

Perbicaraan Kes Liwat Anwar - Hari Ke 2 Penggulungan.

Pukul 1:20 tengah hari
Wartawan mula masuk mahkamah. Turut kelihatan adalah Latheefa Koya, koresponden Kedutaan British dan Australia di dalam mahkamah. Datuk Param dan Datuk Yusof sempat bersembang dengan ceria, bergelak besar.

Turut kelihatan adalah Bomoh  Singh yang duduk di kerusi paling hampir dengan tempat duduk biasa Anwar Ibrahim. Mulutnya sibuk terkumat-kamit.


Pukul 1:45 tengah hari
Hadir seramai 62 orang termasuklah Anwar Ibrahim, Wan Azizah, para peguam Anwar termasuklah Karpal Singh, Sankara Nair, Datuk Param selain pemimpin Pakatan Rakyat seperti Chua Jui Meng, Zuraidah Kamaruddin, Latheefa Koya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Nurul Izzah.

Majoriti yang hadir adalah wartawan tempatan dan dua orang wartawan asing selain 21 penyokong Anwar Ibrahim termasuk tok bomoh dan lima orang pemerhati asing daripada Persatuan Pengamal Perundangan Komanwel, Kedutaan Australia, Amerika Syarikat, Poland/Kesatuan Eropah dan Britain.

Datuk Yusof memulakan hujah penggulungan kes bagi pihak pendakwaan.

Pukul 2:05 petang
Datuk Yusof menyentuh tentang Najwan Hilmi. Katanya, keterangan Najwan bahawa apabila Saiful diketahui bekerja dengan Anwar dan Najwan Hilmi telah menghantar email kepada Anwar untuk memberi amaran kepada Anwar, adalah bersifat menipu dan meragukan.

Datuk Yusof membaca semula keterangan Najwan Hilmi yang direkodkan.

Anwar menggeleng-geleng. Air mukanya kelihatan sangat keruh.

Pukul 2:45 petang
Datuk Yusuf menjelaskan Dr. Osman adalah saksi yang tidak boleh dipercayai. Keterangannya tidak ada langsung kredibiliti Katanya, terlalu banyak percanggahan dalam keterangan Dr. Osman dan tidak selari dengan Saiful. Dr. Osman juga telah menokok tambah dalam laporan perubatan di mana penambahan itu diberitahu kepada Saiful semasa pemeriksaan balas. Ini menunjukkan Dr. Osman tidak ada krebiliti dan keterangannya tidak boleh dipercayai.

Sekarang, cerita berkisar tentang Dr. Thomas Hoogland…

Pukul 3:02 petang
Mahkamah berehat 15 minit. Anwar bergegas mendapatkan para peguamnya dan kelihatan tidak berpuas hati kerana kesemua hujah peguam-peguambelanya telah dipatahkan dengan mudah dan dengan cara yang sangat santai oleh Datuk Yusof.

Pukul 3:15 petang
Faekah Hussin bermesra dengan dua orang anak Anwar Ibrahim. Syed Hussin dan Hee Loy Sin sedang berbincang tentang kes. Mereka kelihatan terkejut dengan kehebatan Datuk Yusof.

Ringkasan sesi pertama

Sebelum itu, keterangan Dr. Hoogland pada pandangan Datuk Yusof boleh dipatahkan kerana terdapat bukti video CCTV yang menunjukkan Anwar mampu membongkokkan badannya untuk mengambil briefcasenya.

Selain itu, kali terakhir Anwar buat pemeriksaan tulang belakangnya adalah pada 2005 oleh Dr. Hoogland. Datuk Yusof pertikaikan, kalau benar Anwar sudah lama sakit tulang belakang yang ‘teruk’, mengapa dia tidak buat pemeriksaan selanjutnya dan berulang untuk tulang belakangnya itu.

Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan Hoogland yang kata tidak mungkin Anwar mampu meliwat berdasarkan sakit tulang belakang yang dihadapinya.

Pukul 4:50 petang
Sankara Nair pada pukul 4:50 – 4:55 petang di luar lobi mahkamah menyatakan penggulungan kes akan bersambung pada 15 Disember 2011, jam 9:30 pagi untuk penggulungan kedua-dua belah pihak dan dijangka selesai pada pukul 1:30 tengahari hari yang sama.

Kemungkinan hakim akan bagi keputusan atau tetapkan satu tarikh lain untuk jatuhkan hukuman.

Sumber Sel13>

4 comments:

  1. lembut lidah dari gigi ... tapi punaisehat keras tak kenal diri...

    ReplyDelete
  2. Anuar Aljuburi konfiden dia akan menang, tetapi majoriti rakyat Malaysia konfiden dia kalah & akan bersemadi diSungai Buloh, tempat yang sepatutnya dia menghuni, ada diluarpun buat kacau bilau Malaysia sahaja.

    ReplyDelete
  3. Bye bye nuar, lepas ni tahulah nasib ko. Orang lalu sungai buloh pun sebab nak beli pokok orkid dan pokok bunga je. Lemau lah ko...

    ReplyDelete
  4. SELAMAT JALAN KENERAKA (DUNIA) SEMUGA AMAN DAMAI DISANA PAK SHIH YANG SETIASA DISANJUNG.

    ReplyDelete