Multiple Pages

13/12/2011

Muslihat Karpal: Anwar Di Jangka Berjaya Bebas Diri Lagi.


Oleh: HHalem.


1- Di dalam prosiding Mahkamah Tinggi hari ini Karpal Singh, Ram Karpal dan Sankara Nair telah mengambil peluang yang mereka nanti-nantikan selama ini. Peluang ke emasan telah tiba apabila mereka sekali lagi cuba menangguhkan bicara dengan berhujah 3 jam dan menyampaikan hujah penggulungan bahawa Farah Azlina dan Saiful Bukhari perlu dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung semula.

Jika Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, menjangkakan ada asas membenarkan penangguhan keputusan seperti yang dipohon oleh Karpal bermakna Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan dipanggil semula sebagai saksi.

Alasan Karpal Singh ialah untuk menjawab dakwaan tentang hubungan sulit kedua-dua mereka di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah kerana mereka belum menafikan hubungan sulit tersebut sebelum ini.

Hubungan sulit mereka memberi implikasi bahawa ada potensi Saiful mendapatkan akses kepada kertas pendakwaan.

"Mahkamah ini perlu ditangguhkan untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,"

"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," – Karpal


2- Mari kita cuba kaitkan dengan berita yang tidak sahih sebelum ini bahawa Ketua Pendakwa Raya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak Pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara akan meletakkan jawatan pada 1 January 2012  atau selewatnya 1 February 2012.
Di sini>

Jika Yusof menawarkan berhenti kerja dan diterima oleh Pejabat Peguam dan JPA, maka akan pincanglah team-team Pendakwaraya. Ini yang Karpal tunggu-tunggukan selama ini kerana kes Liwat 2 ini akan melangkaui February 2012.

Adakah pemberhentian Yusof juga adalah mainan Anwar?

3- Cubaan lain oleh team Karpal ialah menimbulkan ‘bukti keraguan munasabah (proof beyond reasonable doubt)’ dengan menyoal kredibiliti Saiful dan memfokus tentang keterangan-kerangan Saiful tidak boleh dipercayai.

Kedua, selepas menimbulkan keraguan terhadap Farah Azlina, Karpal menekankan Saiful memaklum Anwar melakukan perbuatan liwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan “laju dan rakus”. Wahal Dr Thomas Hoogland, saksi pakar pihak pembela mengatakan bahawa usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang ‘laju dan rakus’ dan mempertikaikan kenyataan Saiful, sebagai saksi utama.

Ketiganya, Karpal menimbulkan ‘keraguan munasabah’ ketika menyoal balas terhadap Saiful sebelum ini bahawa Saiful mengakui mempunyai peluang untuk melarikan diri, namun tidak berbuat demikian. Ini menimbulkan keraguan yang Anwar memaksa Saiful. Suka sama suka. Anwar akan temberang Wan Azizah beliau terpaksa mengaku untuk menyelamatkan bangsa Melayu dan negara. Semua akan percaya lagi.

Ketiga-tiga keraguan yang ditimbulkan Karpal menampakan Anwar memang meliwat tetapi mencari alasan teknikal untuk menyelamatkan diri Anwar.

Anwar berjaya membebaskan diri lagi kali ini?

5 comments:

  1. Tn Hhalem...kita harap pihak pendakwaraya akan buat yg terbaik hari ini..

    ReplyDelete
  2. Manusia akan membuat berbagai alasan dan cara untuk melepaskan diri dari hukuman dunia.Kalau dilihat diatas fakta seperti disebutkan maka tak mustahil manusia ni akan bebas lagi.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kami berserah dan tawakal. (Bukan semua orang yang tidak melawan dan diam tanda dia bersetuju).
    Ini pengalaman sendiri. Masa muda sy bekerja sbg secretary pada seorang CEO melayu yg baru balik haji. Sy anggap dia spt ayah sendiri memandangkan umur dia lebih kurang ayah sy dan dia pun baik. Boss ada meluahkan perasaan tertekan hubungan dgn isterinya (inilah kesilapan sy kerana mengambil tahu masalah peribadi dia). Satu petang sy diarah pulang lambat kerana kononnya boss menunggu seseorang dipejabat. Selepas semua pekerja pulang, sy menunggu beberapa jam. Tiba2 boss datang menerkam dari belakang dan cuba melakukan perkara yg tidak baik. Nak tahu mcm mana rasanya....macm jantung berhenti sekejap, nak melawan dan menjerit tak keluar sebab psychologically dia macam ayah sendiri dan sangat dihormati. Bila balik rumah, baru saya dapat menangis. Sy faham keadaan Saiful, dia pura2 tenang dan bila sampai masanya, dia bertindak. Kalau Saiful lari hari tu, apa yg dia dapat?? Tiada bukti dan jadi mangsa sahaja.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...Allah SWT tu Maha Mengetahui. Hanya Dia sahaja yg akan menentukan segalanya.Tim pendakwaan hanya melaksanakan tugas2 mereka dgn baik.
    DSAI mungkin didunia boleh le berputar belit dgn peguam2nya....Kuasa Ilahi yg SATU tu dia lupa kot....sapa tak kenai dia kat Ceruk Tok Kun tu dan Permatang Pauh. Dulu dia maki TDM...dah tak lama dah waktu dia, berdoa agar dia lenyap terus dari dunia ini...buat negara kacau bilau je

    ReplyDelete
  5. aku juga bersetuju,

    hujah pendakwa sangat ampuh, rapi dan padat, dan amat mudah mematahkan hujah pembelaan,

    ada baiknya anwar direhatkan dalam penjara bagi meredakan suasa kacau yang melanda negara sejak akhir2 ini yang mana kesemuanya adalah dipelopori oleh anwar dan sekutunya, dan mungkin ini adalah waktu terbaik untuk wan jijah dan nurul izzah dan 'sahabat dekat' mereka yang lain berundur diri dari arena politik, berilah rakyat ruang bernafas dan menumpukan tenaga dalam mengharungi era globalisasi ini dengan lebih fokus demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara....

    ReplyDelete