Multiple Pages

14/12/2011

Peguamcara Negara Berjaya Memaku Karpal Dan Anwar Ke Dinding. Wan Azizah Dan Nurul Sudah Terkencing Dalam Kain.


Oleh: HHalem.

1- Hujah-hujah Pengulungan oleh Peguambela Karpal pada Isnin 12 December, yang cuba menangguhkan kes Liwat 2 dengan menimbulkan ‘bukti keraguan munasabah (proof beyond reasonable doubt)’ dengan menyoal kredibiliti Saiful dan memfokus tentang keterangan-kerangan Saiful yang kononnya tidak boleh dipercayai.

"Mahkamah ini perlu ditangguhkan...” Hujah Karpal  di sini >

2- Pada Pengulungan hari ke 2, Selasa 13 December, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengulung hujah pihak pendakwaraya dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Yusof menyifatkan keterangan Anwar dari kandang tertuduh bahawa beliau tidak mempunyai hubungan seksual dengan Saiful hanya satu penafian kosong tanpa bukti-bukti kukuh.

Malahan komen Anwar terhadap Saiful dan saksi-saksi menjurus lebih kepada pengakuan yang tidak disedari oleh team-team Karpal. Diam berkenaan membawa maksud kepada satu pengakuan terhadap fakta-fakta dibentangkan sebagai bukti terhadapnya

Mari kita lihat satu persatu, kenapa Yusof berkata komen-komen Anwar lebih merupakan jawapan dan pengakuan sendiri terhadap kesalahan beliau.  


a- Anwar enggan menceritakan versinya sendiri mengenai kejadian yang didakwa berlaku untuk membantah versi Saiful.  

b- Anwar tidak mempertikaikan kehadiran beliau di tempat kejadian juga merupakan satu bukti.

“Tertuduh tidak langsung menafikan dia berada di tempat kejadian dan juga keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium”

“Tertuduh juga tidak mempertikaikan dia dilihat memasuki lif di tingkat 5 kondominium tersebut dan meninggalkannya selepas kejadian” - hujah Yusof

c- Anwar tidak mempertikaikan yang beliau mengarahkan Saiful datang kepada beliau dengan berselindung untuk menyerahkan dokumen.

“Tertuduh juga tidak mempertikaikan bahawa dia telah mengarahkan Ketua Stafnya untuk mengaturkan supaya satu dokumen dihantar kepadanya di kondominium tersebut dan Ketua Staf itu telah mengarahkan pengadu untuk menyampaikan dokumen itu kepada tertuduh.

“Tambahan lagi, tertuduh tidak mempertikaikan hakikat bahawa pengadu telah menyerahkan dokumen berkenaan kepadanya di tempat kejadian. - hujah Yusof

d- Anwar, tanpa mempertikaikan perkara-perkara di atas, ia lebih membawa maksud kepada satu pengakuan terhadap fakta-fakta yang dibentangkan sebagai bukti kukuh terhadap diri beliau menjurus kepada perbuatan meliwat.

“Maka kegagalan tertuduh mempertikaikan atau menafikan bukti-bukti berkenaan membawa maksud kepada satu pengakuan terhadap fakta-fakta dibentangkan sebagai bukti terhadapnya,” -      Hujah Yusof

e- Anwar tidak pernah berusaha untuk menjelaskan bagaimana air maninya ditemui dalam dubur pengadu. Penemuan konklusif mengenai air mani itu tidak didebatkan atau dipertikaikan oleh Anwar.

f- Anwar tidak pernah (dari kandang orang salah) menafikan liwat tidak mungkin berlaku kerana kesakitan fizikal beliau.

“Dalam keterangan dari kandang salah, tertuduh juga tidak pernah mengatakan insiden liwat tidak mungkin berlaku kerana kesakitan fizikal yang dialaminya”

g- Anwar tidak membentang bahan bukti atau membantah (dari kandang orang salah) untuk pertimbangan awal mahkamah. Anwar hanya membaca teks ucapan politik beliau berjam-jam dari kandang.

“Keputusan tertuduh memberi keterangan dari kandang orang salah ibarat dia berdiam diri apabila dipanggil untuk membela diri, kerana tidak ada bahan atau bukti dibentangkan untuk dipertimbangkan oleh mahkamah. Maka, dengan ini tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dakwaan ini,” - Hujah Yusof

Sebagai rumusan, Anwar tidak langsung atau gagal menimbulkan sebarang ‘bukti keraguan munasabah’, malahan Karpal sekarang menjuruskan kepada perbuatan ‘suka sama suka’

Ketua Mafia DAP Komunis - The Godfather

3- Mengenai tuduhan Anwar bahawa ia adalah konspirasi PM, DS Najib dan ‘cop jari Najib di merata tempat’ untuk memusnahkan kariernya adalah tidak berasas dan terhakis secara automatik. Ini kerana Anwar mengaku tidak menuduh Najib terbabit langsung didalam affidavit beliau.

“Isu konspirasi ini telah dihakis sendiri dalam affidavit tertuduh ketika membalas permohonan Perdana Menteri mengetepikan sapina terhadapnya. Dalam affidavitnya sendiri, tertuduh menegaskan bahawa dia tidak menuduh Perdana Menteri terbabit dalam sebarang konspirasi terhadapnya”

4- Yusof berjaya membuktikan kononnya pakar ortopedik yang tidak berapa pakar, Dr Thomas Hoogland, adalah berbohong dan cuba memutarbelit.

Dr Hoogland menjalankan pemeriksaan ke atas Anwar pada 5 September 2004 dan mengesahkan tertuduh mengalami slip-disc. Keesokannya pembedahan dilakukan dengan jaya dan Anwar amat sehat. Ia semata-mata untuk menunjukan bahawa Hoogland amat pakar dan berbaloi ke Jerman.

Selain itu ia untuk menunjukan kepada rakyat PKR di Malaysia bahawa Anwar telah pulih dan berupaya berjuang dan kenapa Anwar perlu ke Jerman begitu jauh. Ia sebagai pelindung menutup lubang untuk berjumpa dengan Presiden Indonesia dan pencita dan penyumbang Yahudi beliau.

Hari ini ia termakan diri dan menghantui beliau di mahkamah.

“Selepas tertuduh keluar daripada hospital, Dr Hoogland memeriksanya sekali lagi pada Februari 2005 dan mengesahkan kesihatan tertuduh jauh lebih baik dibandingkan sebelum pembedahan malah berupaya membongkok”

“Dr Hoogland tidak menemui tertuduh selama enam tahun selepas 2005 sehinggalah pada 8 September 2008, iaitu sebulan sebelum dia memberi keterangan di mahkamah. Adalah tidak logik apabila Dr Hoogland berkata, kondisi tertuduh semakin teruk selepas pembedahan 2004”

“Rakaman CCTV jelas menunjukkan tertuduh berupaya membongkok tanpa menunjukkan sebarang rasa sakit pada hari kejadian liwat didakwa berlaku"

5- Yusof menempelak tuduhan Dr David Lawrence Wells dan Dr Mc Brian McDonald bahawa terdapat kemungkinan DNA Anwar sengaja diletakkan oleh Pegawai Penyiasat (IO) di sampel adalah tidak berasas

“DNA tertuduh didapati daripada sperma sel. Di mana dalam dunia ini seorang Pegawai Penyiasat nak dapatkan air mani atau sel sperma tertuduh?,”


6- Team Anwar juga mempertikaikan kewibawaan pakar forensik.

Untuk itu, Yusof berkata Dr Seah mempunyai PhD dalam forensik DNA dan selain mempunyai pengalaman luas, dia dan ahli kimia, Nor Aidora menjalani ujian kecekapan dua kali setahun.

“Dr Seah dan Nor Aidora diuji kecekapan pada tahun mereka melakukan ujian dan analisis. Malah mereka lebih cekap dibandingkan dengan McDonald yang kali terkahir mengambil ujian pada 2004.”

Anwar, Karpal dan team-team beliau betul-betul terkincit dan terpaku di dinding dengan tidak boleh bergerak.

Perhatikan betul-betul, Yusof tidak menjawap atau mengulas mengenai tuduhan hubungan sulit diantara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Malahan Yusof menjauhkan diri dan tidak menyentuh langsung bab 'suka-sama-suka'

Daripada hujah-hujah Yusof, kita sekarang faham kenapa Karpal membawa dan menjurus Anwar dan Saiful kepada perbuatan ‘suka-sama-suka’. Perbuatan liwat tetap berlaku.

Wan Azizah dan Nurul Izzah sudah mula terkencing dalam kain.

Hakim menetapkan Khamis ini 15 december untuk Peguambela Karpal dan Anwar membuat hujah balas.

Chronological event didalam mahkamah di sini >

Sumber bahan utama dari sini >

1 comment:

  1. terkencing? patut juga dah bau hancing!

    camnilah, orang PAS pun dah sembahyang mohon ditunjukkan kebenaran disebalik perkara yang menimpa saiful, so kebenaran itu semakin terserlah.... apa kata sekarang kita renungkan lah semula satu persatu penafian yang telah dibuat oleh anwar selama ini, bermula dari tidak kenal saiful kepadalah hujah pembelaan yang terkini.... dan kenangkan semula pengakuan nurul izzah dan wan jijah yang kononnya anwar bersama mereka? jadi, kenapa tak jadi saksi alibi? bukankah ini jelas menyatakan mereka ini anak-beranak pembohong, penipu dan kaki auta?

    petikan dari http://www.anwaraidc.com/?p=7413
    (boleh lihat sendiri rakaman video di youtube)

    Berikut ini adalah transkrip soal jawab antara wartawan dan Dr Wan Azizah di sidang media 29 Jun 2008 :

    Wartawan: Datin Seri (Wan Azizah), anda tahu secara sah di mana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?

    Wan Azizah tidak terus menjawab soalan itu, sebaliknya salah seorang yang lain mencelah; “haha..polis kena jawab..(soalan ini)

    Sambil lewa seolah-olah tidak pasti Wan Azizah menjawab : “Dia (Anwar) mempunyai mesyuarat itu..errr”

    “Dia di mana ? ” soal wartawan yang mahukan kepastian daripada Wan Azizah.

    Wan Azizah nampaknya keberatan menjawab soalan ini, lantas dengan segera, anaknya Nurul Izzah menghampiri ibunya dan menjawab soalan wartawan itu.

    “Dia (Anwar) bersama kami. Sila tanya soalan lain”, tegas Nurul Izzah sambil Wan Azizah menundukkan mukanya menyimpan pelbagai rahsia.

    ReplyDelete