Multiple Pages

22/12/2011

Pok Nick Dah Semboh. Terus Belasah Hassan Ali. (Video)


Oleh: HHalem.

1- Mesyuarat Lajnah Politik PAS semalam bermuasyarat dan secara tidak langsungnya telah mendapati 3 orang sahaja telah bersalah dengan kemelut yang melanda PAS seminggu dua ini dan semasa Pok Nick terlentang sakit di hospital.

Mereka bertiga telah dihukum terlebih awal kerana hanya Hassan Ali, Nasharuddin Isa dan Saari Sungip sahaja dipanggil oleh Lajnah Politik Pas untuk bersemuka memberi penjelasan. Tetapi orang yang membuat kecoh seperti Mahfuz Omar dan Mustafa Ali terlepas dan tidak dipanggil seolah-olah mereka di pihak yang benar dan kebal.

Dari sini kita sudah boleh lihat bagaimana Pas tidak adil dan pilih kasih. Dimanakah keadilan yang dilaung-laungkan oleh Pas. Ia juga jelas menunjukan seluruh jentera Pas tidak memihak kepada Hassan dan Nasharuddin.

2- Sehubungan itu, Pok Nick cukup marah dengan Hassan dan Nasharuddin kerana cuba melanggar dasar parti atau mempengaruhi supaya ia dirombak. Pok Nick menempelak dengan tuduhan Hassan bahawa, “Pas sudah tersasar dari perjuangan asal, adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas”

“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut...bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS”

3- Malahan, Hassan Ali juga diminta oleh Pok Nick supaya tidak lagi menggunakan TV3 untuk meluahkan perasaan beliau.

“Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti”

Ikuti apa kata Statement Pok Nick dari FaceBook beliau..
....start....
Hormati Saluran Parti, Jangan Berikan Peluru Untuk Musuh
by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Thursday, 22 December 2011 at 14:05


Saya ingin memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Saya menyokong sepenuhnya keputusan ini dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selaku Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak.

Justeru, dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan. Dalam hal ini, negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS ini.

Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti.

Selesaikan perselisihan pandangan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa. Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya-allah.

YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh pada: 26 Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011M.
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
....end...

Nampak gayanya doa dan permintaan supaya Pok Nick cepat pergi selepas terlantar di hospital supaya 100,000 orang lagi boleh diselamatkan aqidah mereka, belum termakbul.

Urutan peristiwa-peristiwa lepas.




3 comments:

  1. Oiii bewak..
    Musuh politik kau bukan TV3 atau umno
    Musuh sebenar kau ialah Kafir harbi..
    Kenapa seorang manusia yang berserban di nabikan oleh pencacainya menganggap puak islam ssebagai musuhnya sedangkan puak kafir harbi laknattullah dianggap sebagai sahabat.
    kenapalah kau hidup dimukabumi Malaysia ni kan lebih baik kau hidup di Afghan silap2 haribulan dah mampus gamaknya

    ReplyDelete
  2. Salam bro. Org Tua Pok Nik memang tak sedar diri. Tuhan masih beri dia bernafas, tapi perangai sombong, bongkak, dengkinya masih tebal. Terutamanya kepada org2 Umno.

    Terkini, lihatlah apa sudah jadi dgn Datuk Dr Hasan Ali. Kesian dia. Pok Nik dan pemimpin2 yg lain memang tidak membenarkan sesiapa pun mengkritik Pas, walaupun sudah dilabelkan parti yg sudah jauh menyimpang dari perjuangan asalnya, termasukalah Datuk Dr Hasan Ali menjadi mangsa terbaru Pok Nik. Memang dasar Pok Nik pemimpin yg sudah nanyuk dan x boleh d pakai lagi...

    ReplyDelete
  3. Dunia akhir zaman
    Mereka2 yang cetek pengtahuan tentang islam bercakap pasal islam dan mereka2 yang tinggi ilmu islamnya lebeh suka bercakap pasal politik semua ini hanya untuk nak jadi gelemor nak cari dunia . Manakala mereka2 yang dipanggil ustaz yang ilmu agama untuk diri/keluarga belum lepas dah berani mengajar dimasjid/surau nak tambah pendapatan. Fikirkan

    ReplyDelete