Multiple Pages

10/12/2011

Pok Nick Menuduh Muhyiddin Mencuri Perkataan 'JIHAD' . Haram.


Oleh: HHalem.

1- Semasa berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu Timbalan Presidennya TS Muhyiddin Yassin (MY) menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya ”.

“Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih”

“Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihanraya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah” . MYassin.
Lihat ucapan dan video MY di para 45 di sini >

2- Nampak nya Pok Nick sudah gentar bercampur cemburu apabila orang-orang Umno mula menggunakan perkataan bahasa Al-Quran didalam perbualan harian dan disetiap ucapan oleh pemimpin Umno.


Ia seolah-olah bahasa Arab ini adalah exclusif untuk orang-orang Pas sahaja. Mereka sahaja lah yang layak menyebut ayat-ayat Al-Quran dan mereka sahaja lah yang betul. Sekutu mereka Dap dibolehkan pula menyebut dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Bahasa Arab, tetapi tidak sekali-kali orang Umno.

Lihat komen Pok Nick apabila MY menyebut perkataan ‘Jihad’

Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri”

“Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu,  bukan untuk Arab,  bukan untuk Cina, tapi untuk manusia ” – Pok Nick di petik Harakahdaily.

Pok Nick menyelar penggunaan istilah jihad oleh MY didalam perhimpunan agungnya minggu lalu. Bukan kah didalam Umno terdapat orang Melayu, Bumiputra dan pelbagai bangsa orang Islam dan manusia.

Perangai dan pemikiran Pok Nick cukup huduh sekali apabila memikir perkataan didalam Al-Quran adalah exclusif untuk Pas sahaja. Apabila disebut oleh Umno didalam apa kontek sekali pun ia adalah ditafsir mencuri, maka ia adalah ‘haram’.

Pok Nick semakin tenat dan beliau harus pergi dan diambil dengan segera supaya tidak mencelarukan lagi pemikiran umat-umat Islam. Setidak-tidaknya otak Pok Nick perlu dibaikpulih segera.
  
Video rujukan ucapan penuh Pok Nick dari TVPas.

2 comments:

  1. BEKAS PENYOKONG PAS11/12/2011, 00:04

    Jangan heran dgn kata2 org tua nyanyuk ni.

    "UNDI PAS MASUK SYURGA" tu curi dari mana, curi dari kitab iblis?

    org yg bodoh tongong agama saja yg akan terpedaya dgn cakapnya.

    ReplyDelete
  2. Pas benarkan org kafir menghina ayat2 al quran dgn membenarkan puak kafir ni baca dan terjemah ikut suka hati tonggang langgang, demi utk politik boleh plak.

    tp org islam lain x boleh guna perkataan arab sbb apa?

    Pas yg telah banyak merosakan dan menghina kesucian agama islam

    Pas menanti masa utk berkubur....

    ReplyDelete