Multiple Pages

28/12/2011

Temubual : Masalah Papa Gomo dan Tun Faisal.


Oleh: HHalem.

Soalan MalaysianDigest:
Boleh kongsi apa masalah sebenar Papagomo dengan UMB?

Jawapan PapaGomo:
Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah dengan UMB, masalah kami adalah dengan pengerusinya, Tun Faisal.

Tertubuhnya UMB adalah bersama kami blogger-blogger sealiran dengan saya di Putrajaya, boleh minta Tun Faisal sahkan perkara ini. Kami menjadi ahli UMB sebab kami sokong Umno. Tapi masalahnya adalah kalau pemimpin tinggi boleh dengar cakap blogger, kenapa Tun Faisal ni susah nak dengar cakap kami?
 
Beliau harus ingat iaitu di dalam perang media baru ini biar kami yang berperang keluarkan idea. Kami tahu anda adalah pemimpin, politik sana sini tapi dalam scope perang media baru, anda tidak bijak. Jadi dengar cakap orang yang pandai dalam media baru.

Ini masalah Tun Faisal, bukan masalah UMB. Kami berkawan dengan blogger UMB. Yang kita ada masalah adalah dengan Tun Faisal. Andai kata beliau step down sebagai pengerusi UMB, individu yang ambil alih jawatannya boleh bekerjasama dengan kami, tiada masalah. Kami sedia bekerjasama. 

Dan jika benar saya jahat, da tentu sahabat-sahabat seperti Parpukari, Gerakan Anti PKR (GAP), Ruang Bicara Faisal (RBF Online), Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju dan ramai lagi yang sealiran akan hentam saya. Tapi ini tidak berlaku.
 
Pada saya, isu dengan Tun Faisal ini memang takkan selesai kerana dia terlalu ego. Dengan Tun Faisal ni memang tiada maaf bagimu. Kalau menteri boleh dengar cakap kami, apalah sangat dia tu.

Lain-lain soalan Malaysian Digest di sini>

1 comment:

  1. Ramai lagi yg macam tun faizal. Orang muda dapat position, tochng pun mula tegak, sudah lupa rumput di bumi, ego bergantang. Punca musnah UMNO adalah orang yang bersifat sebegini. Pemimpin muda UMNO jangan ego, jangan tamak haloba, jangan sombong, jangan berlagak, PRU 12 sudah beri pengajaran pada anda semua! dan JANGAN RASUAH!

    ReplyDelete