Multiple Pages

20/12/2011

Tun Mahathir: “Surat Anwar Tunjuk Adalah Palsu”. Gempaq Keling Oleh Broker Taik.


Oleh: HHalem.

1- Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengadakan sidang akhbar pada pagi Isnin 19 December dan beliau menunjukan kepada wartawan 3 dokumen yang didakwa ditulis oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Kononnya surat-surat tersebut sebagai bukti bahawa Tun Mahathir pernah memohon bantuan pinjaman dari Bank Dunia semasa krisis matawang dunia. Disini >. Rafizi memberi alasan tidak mungkin EPU boleh menulis surat itu tanpa arahan dari kerajaan waktu itu.

Soalan nya siapakah yang memberi arahan pada waktu itu?

Bagi penulis, ia cukup mudah, pertontonkan salinan surat-surat tersebut kepada umum. Number rujukan Kementerian mestilah dengan jelas dan mesti lengkap dengan siapa yang tandatangani surat-surat tersebut. Baru lah kita boleh periksa-balas dengan pihak Kementerian, ada kah ia benar atau palsu dan tidak perlu kita memeriksanya sampai ke World Bank.

Kita tidak mahu diperbodohkan dan dipermalukan sehingga ke World Bank kerana angkara budak-budak ingusan PKR.

Penulis selalu memeriksa, literally, beratus-ratus surat kelulusan kontrak palsu dari kementerian yang ditiru begini rupa oleh broker-broker taik tepi jalan yang cuba menipu seperti yang dilakukan oleh orang-orang seperti Rafizi PKR.

Tiga keping surat ini akan dijaja sehingga hancur oleh budak-budak PKR seperti mana 6 tong dokumen sulit yang dijaja oleh Senator Ezam sebelum ini.

2- Mari kita lihat apa kata Tun semasa beliau di Putrajaya semalam.


Tun Mahathir ketika ditanya mengenai 3 dokumen tersebut membidas dan menyindir bahawa surat tersebut adalah palsu. Beliau tidak sebodoh seperti yang disangkakan oleh budak-budak ingusan PKR yang hanya berniat buruk menimbulkan isu sebelum PRU13.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu”

“Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya"

Tun Mahathir menyindir untuk membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat," – Tun Mahathir

Sindiran tajam Tun ini mungkin tidak akan difaham-faham oleh budak ingusan PKR seperti Rafizi. Kita akan tunggu samada Tun menyindir atau betul-betul menghubungi Bank Dunia. Sekali lagi kita akan lihat siapakah yang akan gempaq keling.

Jikalau sebarang statement dari World Bank yang akan memihak kepada Tun dan membuktikan Anwar penipu, budak-budak ingus PKR wajib berhenti beramai-ramai kerana sedar mereka senantiasa ditipu oleh Anwar. Mereka harus sedar apa yang telah dilalui oleh Senator Ezam akan dilalui oleh mereka pula.

3- Secara logik dan normal fikiran manusia biasa, apa yang disebut oleh Tun dibawah sudah cukup memberi segala jawapan, dan tidak perlu lagi bersusah payah menghubungi Bank Dunia.

Adakah budak-budak ingusan PKR mempunyai fikiran logik?

Tun Mahathir memberi contoh jawapan yang cukup mudah untuk difahami kecuali yang memilih untuk terus mem-PBB (memekak, membisu dan menuli).  

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar?
Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," 

4- Secara asasnya, Anwar sebelum ini semasa menjawap cabaran Tun Mahathir telah berkata beliau tidak ada surat itu.

Malahan kata Anwar, beliau boleh didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dokumen sulit kerajaan. Ini dengan tersendirinya mengesahkan bahawa surat-surat tersebut di perolehi oleh broker-broker taik untuk di-spinkan oleh PKR.

Dari ulasan Tun, ia cukup mudah untuk difahami dan telah diketahui siapa kah di pihak yang benar.

1 comment:

  1. rafizi dah ada bontot fisha-fish nak taji pun... pun dok gila nak kena ngan bang non apahal?

    ReplyDelete