Multiple Pages

04/01/2012

Aziz Bari Semakin Runcing. Beliau Gentar Dengan Konsep Jatuh-Talak PAS.


Oleh: HHalem.


1- Dr Abdul Aziz Bari selepas kena buang dari UIA pada 31 Disember lalu, masih lagi bercelaru dimana-mana sahaja beliau berada. Beliau berkata penyertaan beliau dalam mana-mana parti politik komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak penting, sebaliknya beliau hanya minat bertanding secara ‘one-off’ jika diberi peluang.

Lagipun Aziz akui, beliau juga tidak pernah mengisi borang menjadi ahli mana-mana parti politik termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi dengan serious  menekankan bahawa beliau akan bertanding jika diberi peluang untuk membantu PR mencapai matlamat perjuangan.

"Jadi, bagi saya menjadi ahli parti politik bukan penting... ia bukan isu. Bagi saya, saya menjadi ahli parti politik juga bukan satu perkara penting,"

"Terpulanglah kepada mana-mana parti (dalam PR)... jadi ahli tidak penting, itu bukan isunya,"

 "Saya pun sudah 53 tahun, jadi kalau saya tanding pun, ia hanya 'one-off' sahaja," 
– Aziz Bari berkata kepada Sinar Harian Online.


2- Aziz Bari ni dimana sahaja beliau berada tetap akan menimbulkan masalah, baik sebagai ahli akademik atau cuba-cuba diri menjadi ahli politik sepenuh masa.

Boleh kah pembaca bayangkan, mana-mana calon untuk bertandang atas tiket Pakatan Rakyat, tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti PAS-PKR-DAP. Sekurang-kurangnya beliau perlu menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS, itupun jika beliau layak.
  
3- Aziz Bari pun sudah standby untuk pergaduhan berikutnya, jika sesiapa sahaja mendakwa bahawa beliau telah menyertai dan menjadi ahli mana-mana parti.

"Saya tidak isi borang menjadi ahli parti politik. Setahu saya, saya sendiri tidak mengisi borang menjadi PKR pun”

Manusia ini membawa problem dimana sahaja beliau berada. Mungkin beliau hafal setiap ayat Perlembagaan, tetapi belum lagi menelaah buku kecil setiap parti-parti.

Dan jangan lupa, sumpah ‘jatuh-talak’, jika beliau berminat dengan PAS.

Adakah Aziz Bari takut dengan ‘jatuh-talak’ PAS?

Sumber utama Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment