Multiple Pages

08/01/2012

Azmin Ali Sangup Mengamok Berparang Dengan PAS Dan Polis Demi Kekasih Hati.


Oleh: HHalem.
Kali ini Azmin Jadi HERO PERUSUH.
Mat Sabu Telah Phobia-Lutut.

1- Boleh kah kita bayangkan, dua parti yang cuba memerintah negara, iaitu PAS dan PKR, tidak langsung ada kata sepakat didalam segala segi, termasuk lah didalam hal-hal kecil tepi jalanan seperti kaedah rusuhan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok

Apa tidaknya, Azmin Ali PKR menyatakan beliau tidak sekali-kali bersetuju mengenai syarat-syarat berhimpun yang telah ditetapkan pihak polis setelah mereka selesai berbincang semalam. Lihat alasan Azmin di sini>.

Azmin sanggup mengamok dan berparang dengan sesiapa sahaja, termasuk Polis dan PAS demi kekasih. Kerana tiada Anwar, maka Azmin tidak akan kemana-mana dan akan lenyap mati perlahan-lahan.

OK, mari kita lihat apa kata PAS yang sama sekali bertentangan dengan pendirian Azmin.


2- Petikan dari Harakah memaklumkan, ‘PAS mengarahkan ahli dan penyokong  agar mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.’

‘Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar’

"Saya meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan agar mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan polis semalam," – Mustafa Ali kepada Harakahdaily >

Nampak benar bahawa:-

a- Pakatan Rakyat tidak akan ada kata sepakat untuk bersatu walaupun perkara-perkara kecil tepi jalan. Mereka akan bercakaran besar-besaran jika memerintah negara.

b- PKR Azmin Ali hanya berminat untuk merusuh, walaupun memecah tembok penjara, demi kekasih beliau, tidak lebih dari itu.

c- DAP diam membisu dan membiarkan Melayu berpecah kepala sesama sendiri kerana ini lah kemahiran orang-orang Melayu. DAP amat serik dan takut dengan sikap orang Melayu yang sentiasa ‘carik-carik bulu ayam’.

d- Pembangkang sedang bertelagah sakan hanya kerana masing-masing mahu menjadi Perdana Menteri. Cukup malu dan tidak nampak langsung kematangan pemimpin parti, terutama badut Azmin Ali.

e- Pihak polis berlembut dan termakan tuduhan pembangkang bahawa polis adalah berat sebelah dan hanya berpihak kepada pemerintah Umno. Oleh itu polis ingin ‘tunjuk-baik’ dan berlembut dengan perusuh hanya kerana tidak mahu digelar ‘maha zalim’. Ia akan termakan diri akhirnya, terutama sekali jika sekatan-sekatan jalan tidak dilakukan dan perusuh dihalang.

Sikap yang dipamirkan polis ini melambangkan apa yang difikirkan oleh DS Najib dan sepupu beliau Hishamuddin KDN. Iaitu takut dituduh tidak peka dan maha-zalim.

‘Tunjuk-baik dan gosok-gosok belakang perusuh’ hanya akan mempamirkan lemahnya pemerintahan Najib, seperti lemahnya pemerintahan Pak Lah sebelum ini. Semua ini adalah kerana kerajaan termakan dengan tuduhan pembangkang yang mereka adalah kerajaan tidak perihatin terhadap kehendak rakyat yang ingin merusuh.



3 comments:

  1. salam saudara
    saya ingin memohon jasa baik saudara untuk linkkan feed dari blog saya lamanizzs.blogspott.com kepada blog saudara. untuk makluman saudara, saya telahpun linkkan feed dari blog saudara ke blog saya. tq

    ReplyDelete
  2. maaf, ejaan saya tadi silap, sebenarnya lamanizzs.blogspot.com
    tq

    ReplyDelete