Multiple Pages

03/01/2012

Kenyataan Akhbar Polis: Amaran Awal Dan Keras Terhadap “BEBASKAN ANWAR 901”.


Oleh: HHalem.

Berikut ialah Kenyataan Akhbar Polis, tidak bertarikh,  yang diperolehi dari FB Polis KL.  Snipping dari Surat Asal di bawah sekali.
  
....start...

(DATO MOHMAD BIN SALLEH) DCP
KETUA POLIS KUALA LUMPUR.

PIHAK POLIS KUALA LUMPUR TELAH MENERIMA MAKLUMAT, TERDAPAT USAHA DARIPADA PELBAGAI PIHAK TERMASUK PENULIS BLOG, UNTUK MENARIK ORANG RAMAI KHUSUSNYA MAHASISWA MENYERTAI PERHIMPUNAN ‘BEBASKAN ANWAR 901’.


SEPERTIMANA KENYATAAN YDH DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR, TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TERDAPAT GESAAN DAN HASUTAN UNTUK BERHIMPUN DI MAHKAMAH KL PADA 09 JANUARI 2012. BANYAK “BANNERS”, “BUNTINGS” YANG DIGANTUNG DI TEMPAT-TEMPAT AWAM, SERTA MESEJ-MESEJ MELALUI MEDIA SOSIAL, MENGAJAK DAN MENGHASUT ORANG RAMAI SUPAYA BERKUMPUL DAN BERHIMPUN DI PERKARANGAN MAHKAMAH PADA HARI MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN KES PERBICARAAN DATO’ SRI ANWAR IBRAHIM, 9HB JAN INI.

DISAMPING ITU, PIHAK POLIS JUGA BANYAK MENERIMA LAPORAN BANTAHAN DARIPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG MENYERU RAKYAT TIDAK TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT DAN MAHUKAN PIHAK BERKUASA BERTINDAK TERHADAP PENGANJUR PERHIMPUNAN BERKENAAN. SEHINGGA KINI PIHAK POLIS TELAH MENERIMA SEBANYAK 168 LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA DIBUAT OLEH PELBAGAI PIHAK, TERMASUK PIHAK NGO, GOLONGAN PENIAGA, PERSATUAN – PERSATUAN, AHLI POLITIK DAN ORANG AWAM YANG MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA MEMBANTAH DAN TIDAK MENYOKONG KEMPEN UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN INI.

SAYA BERHARAP PEMIMPIN-PEMIMPIN ATAU PENGANJUR PERHIMPUNAN TERSEBUT SUPAYA MENARIK BALIK RANCANGAN MEREKA UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN BERKENAAN, KERANA IANYA AKAN MENYUSAHKAN ORANG RAMAI KHUSUSNYA MASYARAKAT UMUM DI KUALA LUMPUR.

SAYA INGIN MENASIHATKAN PENULIS-PENULIS BLOG YANG MENYERU ORANG RAMAI SUPAYA MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT SUPAYA MENGHENTIKAN PENULISAN MEREKA DENGAN SERTA MERTA. PERBUATAAN TERSEBUT HANYA AKAN MENGUNDANG BERLAKUNYA PELANGGARAN UNDANG-UNDANG, MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM DAN MENGHINA PENTADBIRAN SISTEM KEADILAN NEGARA KITA.

ORANG RAMAI JUGA DINASIHATKAN SUPAYA SENTIASA MENGHORMATI SISTEM PERUNDANGAN NEGARA YANG TELAH SEDIA ADA, SENTIASA MENJAGA KEHARMONIAN DAN KERUKUNAN HIDUP YANG SENTIASA TERJALIN DI KALANGAN RAKYAT DI NEGARA INI. ORANG RAMAI TIDAK PERLU MENERIMA SEBARANG HASUTAN, KERANA SAMADA BEBAS ATAU TIDAKNYA SESEORANG YANG DITUDUH ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG BERPANDUKAN KEPADA SISTEM KEADILAN JENAYAH YANG DIAMALKAN DI NEGARA INI.

JUSTERU, ADALAH MENJADI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK POLIS UNTUK MENJAGA KESELAMATAN ORANG RAMAI PADA HARI TERSEBUT. MAKA SESIAPA YANG TERLIBAT ATAU MENYERTAI MANA-MANA PIHAK UNTUK MENERUSKAN JUGA PERHIMPUNAN INI, POLIS AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG TELAH SEDIA ADA.

................................
(DATO MOHMAD BIN SALLEH) DCP
KETUA POLIS KUALA LUMPUR.

...end...

Jika ada account boleh ke FB Polis KL>

1 comment:

  1. As-Salam Tuan Hhalem,

    " 168 LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA DIBUAT OLEH PELBAGAI PIHAK, TERMASUK PIHAK NGO, GOLONGAN PENIAGA, PERSATUAN – PERSATUAN, AHLI POLITIK DAN ORANG AWAM YANG MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA MEMBANTAH DAN TIDAK MENYOKONG KEMPEN UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN INI..."

    Tak faham lagi ke kenyatan diatas?
    Tak reti baca ke? Tak tahu undang undang ke?

    Amaran dari pihak berkuasa mengenai Perhimpunan Haram BABI 901 ini...
    Bebaskan Anwar Bin Ibrahim 901 (BABI 901)
    bahawa ini adalah satu kesalahan.

    Bandaraya akan lumpuh sekali lagi. Para Mahasewel yang CGPA rendah akan turut serta.
    AMK - Ahli Mangkok Kemetot pun akan turut sama.

    Para para penyokong kuat LGBT - ( Lembu Gagak Babi Tengiling ) akan turut serta.

    Jalan sesak. Mudarat kepada Masyarakat kota yang tidak menyokong Aljubs.

    Bila kena GAS PEMEDIH mata, kena cota, kena gari...jangan kata Polis Kejam. Amaran telah diberi.

    Praktis tidur atas jalan sambil pegang bendera. Bawa papan keranda. Bawa gambar Najib. Bawa gambar Aljubs.

    Buat segalanya. Kali ini pihak polis sediakan Nasi Kandag dan Sirap Limau di Sungai Buloh untuk perusuh jalang belaan Aljubs.

    Maysrakat dah muak. Jelik. Meluat. Semakin benci adalah. Muntah...uweek...

    Perjuangan Aljubs sudah berakhir.

    ARK2

    ReplyDelete