Oleh: HHalem.
1- Diberitakan oleh Sinar Harian bahawa, ‘Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengetuai delegasi parti itu untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur esok berkenaan perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9 Januari ini’.
Besok hari Jumaat 6 Januari, tetapi malam ini kita sudah mendapat jawapan kehendak pihak polis sebelum perbincangan untuk esok hari. Kita akan lihat samada Azmin dan PKR akan hormati permintaan pihak Polis atau seperti biasa membantah dan menuduh pihak polis sebagai agen Umno.
Yang pastinya, seratus peratus Azmin akan membantah. Ini kerana Azmin tetap menganggap humpunan 901 bertujuan, “membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim”. Dan ini adalah langkah pertama Azmin Ali untuk memecah hatta ‘tembok penjara” sekali pun.
2- Dibawah diperturunkan permintaan pihak polis pada meeting besok hari, berdasarkan permintaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
a- "Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan
kelancaran trafik”
b- “Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum,"
c- “Jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu dihadapan mahkamah tidak diendahkan, pihak polis bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah”
d- “Jika keadaan demonstrasi di luar kawalan, polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti penggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 'water cannon' dan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan itu mengancam keselamatan awam”
Kesian Azmin, terrrrrpaksa akur kehendak bini dia utk menyelamat boyfriend dia. Bini dia betil la...dah lah kucar kacirkan rumah tangga Kak Wan, ni susahkan Azmin. Entah lah...kesian
ReplyDelete