Multiple Pages

12/01/2012

Mahkamah Rayuan: Akhirnya Peguam Cara Negara Setuju. Kita Boleh Bersenyum.


Oleh: HHalem.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Dengan segala bukti yang ada, saya akan mencadangkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya meneliti semula kes dan mempertimbangkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu ke Mahkamah Rayuan,” - Yusof ketika temu bual eksklusif bersama TV3, semalam.

Walau bagaimanapun, beliau berkata langkah pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya adalah memohon mendapatkan penghakiman bertulis untuk menilai semula semua alasan sebelum meneruskan apa-apa rayuan.


Menurut prosedur undang-undang, permohonan rayuan mestilah dibuat dalam tempoh 10 hari daripada keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tersebut.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membuat keputusan lisan ringkas yang hanya memakan masa tidak sampai lima minit.

Sementara itu, FMT yang menemubual Mohd Yusof melaporkan sebarang keputusan untuk apa-apa rayuan bergantung kepada penghakiman bertulis hakim.

“Kita perlu melihat penghakiman bertulis secara terperinci. Fakta-fakta kes itu tetap sama, bukti tidak pernah berubah. Mungkin ada sesuatu yang baru yang hakim lihat yang kita terlepas pandang.

“Tetapi kita perlu penghakiman bertulis untuk membuat keputusan sama ada merayu atau tidak,” katanya.

Sumber dari AIDC diterjemah dari Free Malaysia Today.

1 comment:

  1. teruskan perjuangan saiful...moga Allah sentiasa bersama org2 yg benar..

    ReplyDelete