Multiple Pages

30/01/2012

MB Azizan Sanggup Di Pecat Kerana Mencabul Pelajar. Kuasa Mutlak Pada Azmin Ali?


Oleh: HHalem.

1- Kes KUIN datang lagi menghantui MB Azizan, kali ini lebih teruk daripada yang dijangkakan.

Masih kah kita ingat kes dimana MB Azizan akan dihadapkan ke mahkamah kerana mencabul hak asasi 6 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) disebabkan Azizan mempertahankan AUKU. Gambar dan nama 6 pelajar terbabit di sini >, tindakan mahkamah terhadap Azizan di sini>

Yang peliknya AUKU dikatakan sangat ‘paria, lapuk dan lusuh’ hanya kerana ia diujudkan oleh pemerintah BN semenjak dari zaman Tun Mahathir lagi. Jika AUKU terlalu ‘paria’ pada pandangan Pakatan Rakyat kenapa Azizan bermati-matian dan “sanggup dipecat dari PAS” seperti Hasan Ali untuk mempertahankan AUKU. 

Jawapan Azizan cukup mudah iaitu “untuk menyaring disiplin pelajar”  dan beliau nampak peri mustahaknya pelajar perlu didisplinkan selain penerapan ilmu pelajaran, pembelajaran, pendidikan dan pembentukan siasah.

Yang memberi tamparan hebat ialah Azizan menyatakan Buku Jingga bukan lah Al-Quran yang perlu diikuti hidup atau mati. Ini satu penghinaan yang amat sangat kepada dasar Buku Jingga yang disanjung dan diaggungkan PAS-PKR-DAP.


2- Apa yang dilihat di sini ialah perangai buruk semulajadi PAS-PKR-DAP dimana apa yang dibuat pemerintah Umno-BN semuanya tidak kena belaka. Tetapi apabila Pakatan memerintah negeri, belum lagi negara, maka apa yang dilakukan oleh Umno-BN diambil semula dan dipertahankan dan dipraktikan kerana ia dipandang baik dan berkesan, sepertimana AUKU.

Boleh kah kita bayangkan, ISA akan diujudkan semula dan dipraktik dengan penahanan pemimpin Umno beramai-ramai tanpa bicara demi keselamatan negara dan ketenteraman awam? Ia tidak mustahil dan akan berlaku, sepertimana MB Azizan dengan AUKU beliau di KUIN.


3- Selain itu ia jelas menunjukan dan tanpa sembunyi lagi bahawa Pakatan Rakyat mencampuri urusan pentadbiran awan dan menggunakan kuasa politik didalam mempengaruhi segala urusan dan pentadbiran negara jika mereka memerintah. Jadi apa bezanya Pakatan yang terlolong memekik menuduh Umno berbuat demikian?

 “Bagaimana beliau (Aziz Bari) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya,  perkara itu sudah di bawa ke mahkamah … Apa nak dikecohkan lagi,” - Azizan mengherdik Aziz Bari.

Hikmahnya, MB Azizan memberi contoh klasik kepada kita bahawa puak-puak PAS-PKR-DAP ini tidak terpakai langsung kerana hipokrit dan menipu rakyat hidup-hidup.


4- Oleh kerana MB Azizan menogak arus seperti Hasan Ali, maka beliau dilanyak lumat oleh rakan-rakan sendiri didalam PAS-PKR-DAP.

Ramai yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, adakah Azmin Ali akan bersuara dan MB Azizan akan terpelanting dipecat seperti Hassan Ali?

Jangan harap sangat yang Azmin Ali akan berbuat demikian kerana selagi “kekasih hati beliau tidak disentuh” oleh MB Azizan, maka Azmin akan berdiam diri sehingga akhir dan menyatakan ia adalah urusan dalaman PAS, walaupun beliau tahu AUKU adalah dekat dihati PKR.
  
Cerita-cerita lain KUIN di sini.

Video Azizan Malu Besar Lagi. Siswa KUIN Minta Hadi Nasihat Azizan Cara Mentadbir di sini >

Azizan Maruah Amat Tercemar Dan Jatuh Air Muka di sini>

Tempat MB Datuk Azizan Di Bom Molotov. Berkat Doa Mahfuz, di sini >

1 comment:

  1. Yer la tuu. Esok lusa Azizan akan dipecat oleh Azmin. Tengok jer HHalem oii !

    ReplyDelete