Multiple Pages

07/01/2012

PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat POLIS Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan.


Oleh: HHalem.

PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan.

by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
on Friday, 6 January 2012
at 18:58


Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :

1- Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2- Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3- Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.


4- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5- Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8 Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 

9- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 

10- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
  ...end..

Jika anda ada acc FB, sila ke FB Polis >

2 comments:

  1. Boleh tak bawa kanak-kanak bawah umur sebagai perisai dan pelakon tambahan?

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha...

    ReplyDelete