Multiple Pages

02/01/2012

Polis Sedang Mencari Blog Fitnah Pembangkang Ke Lubang Cacing. Siapa Mereka?


Oleh: HHalem.

1- Bernama melaporkan bahawa Polis akan menubuhkan satu Pasukan Khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di UPSI Perak semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.

"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut”

"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar,”
-      Datuk Sukri kepada Bernama.

Sekiranya fitnah yang dibuat dalam blog tersebut terbukti tidak berasas, pihak polis akan mencari mereka sehingga ke lubang cacing. Siapa kah mereka? Ada kah posting-posting fitnah tersebut akan di delete, sebagai langkah awal berjaga-jaga untuk menyembunyikan diri.

Jika pihak polis mempunyai bukti-bukti kukuh melalui jurugambar dan jururakam, maka pihak pelajar melalui bantuan pembangkang PKR juga sanggup menyaman dan mengambil tindakan terhadap pihak polis.

2- Seperti dilaporkan Mkini dan MInsider, Muhammad Safuwan Anang, 23 berkata beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis. Malah dakwa beliau lagi, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.
  
“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir sakit dada dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri”

“Sehubungan itu keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu ”

- Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) kepada MInsider.

Adakah ‘pinning down’ atau menekan dengan lutut perusuh ketanah untuk mengelak daripada mereka bertindak lebih aggresive dikira sebagai keganasan melampau pihak polis.

Adakah apa yang dlakukan polis adalah ‘standard operating procedure’ polis atau diluar batasan peri kemanusian.

Adakah procedure antarabangsa dan hak asasi manusia pembangkang ialah pihak polis diwajibkan beramah mesra dan mengurut-urut belakang perusuh sambil meminta mereka bersurai kemudian dijamu dengan nasi kandaq dan segelas teh tarik.
Sebahagian Surat "Notis Hadir Perbicaraan Tatatertib Adam Adli"

Sebagai rumusan, lihat salah satu komen pembaca yang cukup marah dengan perusuh, dan merumuskan segalanya.

“mereka (perusuh)  tetap bersalah...mereka harus berfikiran panjang sekiranya mereka membuat demontrasi tersebut apa akibatnya...berani buat berani tanggung..belajaq tinggi2 ada otak tpi xreti nk fikir benda tu betul atau salah.....nk selamatkan apa lagi kpd pelajar2 ini amaran demi amaran telah diberi tapi masih degil...buang saja pelajar2 ini”

3 comments:

  1. cari la sampai lobang cacing. the truth memang polis bertindak ganas.
    Tunggu sahaja la bebudak tu nak saman. Tak payah nak bertelagah.

    ReplyDelete
  2. polis bertindak ganas? 03.31 sbnarnya siapa yg ganas...xyah lah dok komen kata polis bertindak ganas, ingat kami yg dok jadi pemerhati ni mata ada kat lutut ker..

    ReplyDelete
  3. Anon 03/01/2012 03:31

    Cari sampai lubang cacing? Lawak Dan Lucu sekali!

    Belum sempat cari sampai lubang Jub*r pun dah tahu TIDAK Ada keganasan!

    Sepatutnya pada fikiran Otak Chap Ayam ko, Polis kena bawa ais cream, belon, gula gula, air botoi, KFC nuggets, Pizza Dan beri pada pendemo Mahasewel.

    Sebab mereka lapar Dan dahaga! Maklumlah sedang menjerit jerit Bagai orang tak siuman.

    Lagi pun demo dia orang nak buat selama 16 jam. Sewel punya maha Samdol.

    Lebih afdal Mahasewel ni buat Qiamulail dare tidur atas jalanraya tempat Anjing berak!

    GP-Ghost Protocol.

    ReplyDelete