Multiple Pages

28/01/2012

Video: PAS Membela Dan Pembela Pelacur.

Oleh: HHalem.


1- Cukup aneh dan pelik, tetapi kadang-kadang tidak menghairankan, apabila PAS dengan penuh bangga mengistiharkan bahawa pelacur-pelacur  pun menyokong parti mereka.

Mereka dengan penuh bangga mendabik dada bercakap bahawa golongan pelacur menyokong PAS. Ini diceritakan sendiri oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, bahawa Pengerusi Persatuan Pelacur menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

“Persatuan pelacur selepas (mengadakan) dialog,  (mereka) ceritakan masalah masing-masing, lalu bertanya, bilakah pilihanraya (ke-13 akan diadakan).

“Saya jawab tak tahu (bila tarikh pilihanraya) saya kata (tanya) adakah awak sokong PAS, dia kata kemungkinan besar pada kali ini mereka beramai-ramai akan menyokong PAS,”

Ustaz Azman yang juga Naib Yang DiPertua PAS Dungun berkata demikian dalam Majlis Penerangan yang dianjurkan Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah dekat sini pada 24 Januari. – Petikan BuletinOnLine>


2- Ustaz Azman akui sendiri bahawa mereka ini adalah golongan yang dianggap ‘telah rosak akhlak’, tetapi masih mahu menyokong PAS.


Pemimpin PAS menunjukan jahil yang cukup nyata bahawa dengan hanya bertanyakan “bilakah tarikh pilihanraya”, PAS merumuskan bahawa pelacur telah menyokong mereka beramai-ramai.

Jikalau ‘iya dan benar’ pelacur menyokong PAS, bermakna PAS dipenuhi dengan sokongan dari golongan yang “telah rosak akhlak” seperti yang diakui sendiri oleh Ustaz Azman.
PAS dengan bangga juga mahu membela secukupnya nasib golongan yang ‘telah rosak akhlak’ ini, seperti mana agenda PAS.


3- Tahu kah PAS bahawa pengaruh Anwar telah meresap kedalam PAS dengan cukup kuat, berkesan dan tanpa disedari oleh pengikut-pengikut dan pemimpin PAS. PAS akan menjadi seperti daging busuk dan reput disebabkan Anwar. Apa tidak nya, cuba lihat perkara dibawah.

Anwar sendiri mengaku mahu meminda Seksyen 377, yang melibatkan perlakuan seks diluar tabii, yang mana ia juga melibatkan golongan pelacur.

Seksyen 337B kanun Keseksaan bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan,

Seksyen 377C pula bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. – Dari AidcNews >

Jika dengan akuan terbuka Anwar sendiri, sudah tentu golongan pelacur dan lesbian/gay akan menyokong Pakatan.

PAS, tanpa sedari telah naik syok sendiri tanpa mengetahui pengaruh Anwar Al Bontoti telah menyerap masuk kedalam parti mereka dengan pantas sekali.

Jika perkara mudah seperti ini masih tidak disedari oleh pengikut PAS, tak tau lah apa nak jadi.

PAS akan menjadi pembela dan membela Pelacur. Malah perkara ini banyak diceritakan oleh blogger Kickdefella yang Pok Nick dikelilingi oleh sarang-sarang Pelacur di Kota Baharu, di sini >

PAS memang membela dan pembela Pelacur dari segi percakapan dan buatan.




1 comment:

  1. Iya..betul tu. lebih 50 tahun PAS menguasai dan memerintah negara dan PAS ternyata amat berjaya menghapus aktiviti pelacuran. Baki yang tinggal beberapa kerat tu adalah sisa pelacur yang menyokong PAS.

    Periksalah di Chow Kit, Bukit Bintang dan banyak tempat lagi..pelacur dah kira hampir sifar kerana kejayaan PAS selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia !

    Ajaibnya..puluhan tahun PAS memerintah Malaysia dan memerangi pelacuran..tapi masih ada sisa2 pelacur yang menyokong PAS ?.

    Maha Besar ALLAH !

    ReplyDelete