Multiple Pages

20/02/2012

KITA Akan Mati Di Tangan Pendaftar, Bukan Di Tangan Zahid.


Oleh: HHalem.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), patut dibatalkan berdasarkan 5 kesalahan dan pelanggaran akta Pendaftaran Pertubuhan, seperti tergaris didalam Surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, yang ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan, Fison Yahaya.

Surat tunjuk sebab oleh Pendaftar dihantar kepada Setiausaha Kita, Masrum Dayat pada 9 Februari itu dan perlu dijawab sebelum 9 Mac.

Langkah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ini dilihat sebagai langkah berjaga-jaga supaya Jabatan Pendaftar tidak dilihat sebagai tidak menjalankan tugas ditengah-tengah kemelut yang berlaku dan kemungkinan tindakan mahkamah akan diambil kemudian hari.

Lebih-lebih lagi kerana Zaid Ibrahim bercadang membubarkan parti KITA, disebabkan beliau selaku Presiden telah kecewa dan tidak dapat menerajui KITA lagi.

Cadangan membubarkan Kita itu bagaimanapun tidak diterima oleh anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP) yang bermesyuarat, Jumaat lalu.

5 Kesalahan Utama Mengikut Jabatan Pendaftar :-


Menurut Jabatan Pendaftar, "cadangan pembatalan adalah kerana pertubuhan ini (Kita) dengan bersengaja melanggar peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan."

a- Kita, “sengaja melanggar Fasal 11.3.2 Perlembagaan Kita dengan melantik Datuk Pengiran Othman Rauf sebagai salah seorang pengerusi negeri tanpa melalui JEP”

b- Kita, "telah bersengaja melanggar Fasal 11.4 Perlembagaan parti kerana melantik Kottappan Suppiah sebagai anggota Biro Politik, yang bukan daripada kalangan anggota JEP yang dipilih dalam persidangan perwakilan tahunan."

c- Kita, “telah bersengaja melanggar Fasal 17.1 kerana melantik Masrum sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keahlian pada 25 Februari 2011 tanpa melalui JEP”

d- Kita, “bersengaja melanggar Fasal 12.3.4 Undang-undang Berdaftar Persatuan kerana minit mesyuarat JEP bertarikh 29 Jun lalu tidak disediakan oleh setiausaha parti”

e- Kita, “bersengaja melanggar Fasal 17.1 Perlembagaan Parti kerana Masrum ketika dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keahlian bukan ahli parti”

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP) KITA memutuskan:-

a- Cadangan membubarkan Kita tidak diterima oleh anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP).

b- Jawatankuasa sebulat suara memutuskan Zaid perlu terus mengetuai Kita.

c- "Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa (EGM) tidak perlu, dan tidak akan diadakan. Ini keputusan sebulat suara mesyuarat JEP,"

d- Mesyuarat Perwakilan Tahunan yang sepatutnya diadakan minggu ini ditangguhkan sehingga pertengahan April depan.
  
KITA selamat dari dibubarkan, Zahid masih lagi Presiden , EGM tidak perlu dipanggil dan yang masih tinggal ialah “Surat Tunjuk Sebab” yang perlu dijawap untuk mengelakan KITA dari dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran. Zahid berjaya menghapuskan duri dalam daging dengan memecat Ketua KITA Kedah dan Pulau Pinang.

Adakah kedudukan Zahid semakin kukuh atau akan bermula lagi episod yang lebih teruk selepas ini?

Sumber 100% dari Sinar Harian Online.

No comments:

Post a Comment