Multiple Pages

01/02/2012

MB Azizan Naik Angin Dan Membelasah Anwar Pula.


Oleh: HHalem.


1- MInsider ada menulis bahawa Anwar Ibrahim ada mencadangkan agar MB Azizan agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU.

Untuk itu MB Azizan menganggap Anwar sepatutnya tujukan cadangan tersebut kepada rektor KUIN dan bukan beliau. Beliau hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

Menyedari cadangan Anwar itu merupakan arahan dan campur tangan urusan beliau sebagai MB Kedah, Azizan mula naik angin dengan Anwar.

Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding. Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu, tapi KUIN” 
MB Azizan >

2- Yang pelik dan jadi caca marba dengan Pakatan Rakyat ini ialah Karpal Singh diberitakan mewakili pelajar-pelajar tersebut untuk menyaman KUIN dan MB Azizan. Jika benar, ia memang Pakatan yang rosak dari segala segi.

"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," – MB Azizan.


3- Azizan yang juga Pengerusi KUIN membidas yang Anwar dan sesiapa yang mempertikaikan beliau sebagai bengong dan buta akta kerana tidak dapat membezakan antara Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA,"  
- MB Azizan.>

Mereka-meraka yang menembak dengan peluru kosong, berdasarkan Azizan selain dari Anwar, ialah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dr Abdul Aziz Bari yang menuduh Azizan menghina Buku Jingga. Termasuk juga ketua Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan.

Peristiwa-peristiwa di atas mengambarkan Pakatan Rakyat berada didalam kecelaruan sesama sendiri, didalam hal-hal sekecil seperti akta AUKU.

Bagaimana kah rakyat boleh mengharapkan dan menaruh harapan kepada orang-orang bercelaru seperti ini untuk memerintah negara?

No comments:

Post a Comment