Multiple Pages

09/02/2012

Video Shahrizat - Bertemu SPRM


Oleh: HHalem.



Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini (08/02/12), selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, berkaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). 

Menurut laporan TheStar Online>, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.

"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" 
(Saya berada di SPRM secara sukarela.  Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh.  Cukuplah tuduhan liar!).

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview> pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. 

"Saya tak tahu apa dia cakap.  Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. 

Kaedah panggilan adakah bersurat, ber-sms atau bertalipon sahaja? Bagi Jabatan-jabatan kerajaan, kebiasaannya bersurat.

Boleh kah sesiapa sahaja orang awam ke pejabat SPRM dan berkata, "tolong lah siasat diri saya, mungkin saya bersalah"

Kes yang jelas bagaimana seorang Menteri tidak boleh menerima kenyataan dan hakikat bahawa beliau "di panggil".

Di Jabatan Kerajaan, bagi yang "memanggil" ia cukup seronok dan penuh dengan kuasa. Bagi yang "kena panggil" pula ia cukup aib dan memalukan.

No comments:

Post a Comment