Multiple Pages

07/02/2012

Zahid Pecat 2 Ketua Negeri. Perang KITA Berterusan. (Video).


Oleh: HHalem.

1- Semalam selepas Zahid Ibrahim mengistiharkan yang beliau bercadang akan membubarkan KITA dengan alasan lemah beliau (di sini>), maka beliau telah di hentam teruk olek Ketua-ketua KITA Negeri (di sini>)

Malah, hampir kesemua Ketua Negeri menyatakan rasa terperanjat dengan kegilaan Zahid dan mahu beliau keluar dari KITA dan bukannya membubarkan parti. Lihat video di bawah.

2- Hari ini sebagai strategi tindak balas ‘tit for tat’, Zahid terus memecat Zamil Ibrahim, Ketua KITA Kedah dan Tan Tee Beng iaitu anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.


"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti,"
- Masrum Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata,

"Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

3- Ramai yang tertanya-tanya, jika KITA hendak dibubarkan oleh Zahid perlukah kedua-dua Ketua Negeri tadi di pecat. Malahan selepas KITA dibubarkan nanti, maka 10,000 ahli KITA secara automatik ‘dipecat dan tidak berparti’.

Langkah pemecatan Zamil dan Tan adalah langkah berjaga-jaga Zahid untuk melancarkan lagi kehendak beliau yang mahu membubarkan KITA. Tanpa mereka berdua, berkurangan lah penentangan hebat terhadap Zahid, maka pembubaran KITA akan berjalan lancar. Mungkin itu sebahagian dari tanggapan dan strategi untuk menutup mulut penentang Zahid.

Zamil dan Tan pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka bukan lagi ahli KITA pada masa EGM nanti, itu pun jika rayuan mereka berdua diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Mereka mempunyai masa 14 hari untuk membuat rayuan.

Percaturan yang diambil oleh Zahid mungkin juga memakan diri beliau sendiri dan menampakan betapa diktatornya Zahid memerintah KITA seperti syarikat sendirian berhad beliau.

Menyedari mainan kotor Zahid, maka ramai lah nanti Pengikut KITA yang diatas pagar akan memihak kepada Zamil dan Tan untuk menyingkirkan Zahid dan menyelamatkan hayat KITA.

4- Zamil pula seperti terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa setakat ini diatas pemecatan beliau.

"Adakah salah jika saya mempersoalkan cadangan mahu membubarkan parti Kita. Kalau begitu, Presiden parti (Zaid Ibrahim) juga kena dipecat," – Zamil berkata beliau belum menerima sebarang notis mengenai pemecatannya.

Ini lah kaedah dan cara Zahid memerintah dan tidak hairanlah beliau terhoyong-hayang melompat dari satu parti ke satu parti.

Sumber utama dari SinarHarian.

1 comment:

  1. Mak ai. Parti ni mabuk ke apa? Setakat ni parti UMNO plg berprosedur dan berhemah. Tapi itulah parti yg dikatakan 'zalim'. Tak pelik ke?
    Sudah-sudahlah. Bukaklah mata tu beso-beso... Pilih UMNO lagi bagus.

    ReplyDelete