Multiple Pages

10/03/2012

Antara Tun Mahathir Kena Gigit Kasut Dan Ambiga Timbalan Presiden PAS.


Oleh: HHalem.

1- Sebelum ini penulis ada menyebut karut marut PAS terserlah dan bukti kukuhnya apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata bahawa Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

2- Berlainan pula dengan Tun Mahathir apabila beliau sempat menyindir bahawa orang paling layak ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

“Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” – Tun Mahthir >

Nampak gayanya penulis dan Tun Mahathir terpaksa menelan kasut (kasut selipar yang dibuat dari tepung yang boleh di mamah ala-ala vegetarian) kerana Timbalan Presiden PAS dari bukan-Islam hampir-hampir menjadi kenyataan dan didalam perancangan.

Apa tidaknya ! Lihat berita dibawah.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan bahawa, keputusan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, telah diputuskan oleh Majlis Syura.

Tentu lah Timbalan Presiden PAS yang non-Muslim dari Pengerusi Dewan China-India(DHPP), itu pun jika beliau menang bertanding sebagai calon PAS pada PRU13.

Ada juga angin-angin kencang meniup bahawa Pok Nick sudah cukup berkenan dan gumbira dengan Ambiga. Ambiga pula memandang Pok Nick sebagai artis yang cukup tersohor ketika ini.

Walau bagaimana pun Ambiga kena lah masuk jadi Ahli Dewan dulu sebelum ada niat bertanding, menang kerusi dan baru lah boleh dilantik menjadi Timbalan Presiden PAS.

Jika berita Ambiga ini betul, maka berperang besarlah Ambiga dengan Pengerusi Dewan sekarang kerana Ambiga di-payung-terjunkan oleh Pok Nick. Kita tunggu jika Ambiga akan menjadi ahli Dewan China-India (DHPP).


....petikan HarakahDaily...

PAS sasar letak calon bukan Islam di 6 negeri.



Kepimpinan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU-13 nanti.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura.

Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan.

"Saya berharap sangat negeri-negeri berkenaan supaya memberikan semangat kepada DHPP sementara masih ada ruang untuk diisi oleh mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam, Kumuta Raman, walaupun atas nama Kelab Penyokong PAS waktu itu tetapi beliau bertanding atas tiket PKR.

Ekoran itu, Mujahid yang juga penasihat bersama DHPP berkata kini dewan itu menjadi sayap parti maka PAS menyusun gerak kerja pilihan raya termasuklah menyusun calon dari kalangan DHPP.

Sehubungan itu, Mujahid berkata, negeri Johor telah memperlihatkan semangat DHPP yang kuat dan berkemungkinan akan memberi lebih dari satu kerusi kepada DHPP.

Bagaimanapun, katanya, perlu ada rundingan yang bijak dalam menentukan calon supaya ia tidak berlaku pertindihan.

"Kalau kerusi kita (PAS) lebih selesa dan mudah untuk dirunding. Saya lihat kerusi parlimen agak mudah. Bagaimanapun kepimpinan negeri kena bijaksana,"katanya.

DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

DHPP dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

No comments:

Post a Comment