Multiple Pages

05/03/2012

Episod Menyembelih MB Azizan Sudah Bermula. Siapa Kata Selesai !


Oleh: HHalem.

Kemelut MB Kedah Selesai. Selesai ! Selesai !.
Selesai apanya. Ia baru masuk pusingan kedua.

1- Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Khas Pusat di Alor Setar semalam dari jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi, bahawa:-

a-  "Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar”

b-  "Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah”

c-  "PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai,"


2- Ini lah kemuncak dan penamatnya sebagai tanda bahawa pentadbiran PAS dimana-mana sahaja lemah, terutama sekali MB Azizan di Kedah.


Sebelum ini kita semua melaung-laung bahawa Azizan lemah, lemah dan lemah mentadbir. Di manakah buktinya?

Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu untuk membantu dan memantau pentadbiran negeri Kedah ia cukup kuat membuktikan laungan para bloggers dan rakyat selama ini bahawa Azizan memang lemah.

Bagi diri Azizan pula, beliau tidak terkata apa-apa kerana ini merupakan satu penghinaan yang amat sangat pada diri beliau kerana dianggap lemah sehingga JK Pemandu terpaksa dibentuk untuk memantau beliau.


3- Manakala, bagi Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, telah berjaya mencapai matlamat mereka. Matlamat utama mereka ialah:-

a- Berjaya menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri,

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," – Phahrolrazi.

b- Berjaya memalukan Azizan dengan penubuhan JK Pemandu untuk mengawasi pentadbiran Azizan.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna  akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," – Phahrolrazi.

c- Berjaya mencatakan diri didalam sejarah PAS yang mereka bersifat Kamikaze dan mempunyai potensi menjadi MB Kedah disatu masa nanti.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," – Dr Ismail Salleh.


4- Yang paling mustahak sekali, siapakah nama-nama yang akan mengangotai JK Pemandu?

Jika Phahrolrazi dan Ismail menjadi salah seorang anggota JK, maka akan masak lah Azizan dikerjakan. Upacara menyembelih Azizan sedang diatur begitu tersusun rapi.

Jadi, siapa kata kemelut MB Azizan sudah selesai !


Semua sumber dari HarakahDaily.

4 comments:

  1. bekerja cara Islam....kah kah kah...MB yang bangang dan bengang

    ReplyDelete
  2. lagi satu MB yang bengap

    ReplyDelete
  3. Mb yang paling pandai sebut 'TAK TAHU"

    ReplyDelete
  4. Assalam Bro

    Kalau dah ada JK Pemandu... Badut MB dan EXCO tu buat apa dilantik... Buang masa aje... Ada pun serupa tak ada... Kerja tak jalan... duit hilang tak dapat dikesan... Saya Tak Tahu tu...?

    ReplyDelete