Multiple Pages

22/03/2012

Hasan Ali Akan Dedah Video Lebih Panas. Khalid Ibrahim Panas Bontot. Khalid Samad Mencari Paderi.


Oleh: HHalem.

Toke Video !

1- Hasan Ali berbicara tentang video pemurtadan yang didalam pembikinan beliau.

"Video (pemurtadan) itu ada dua, satu video pendek seperti korporat video, satu lagi yang panjang yang mengambil masa satu jam setengah. Kami sedang membuat penyuntingan terakhir untuk meletakkan tajuk dan sebagainya, letakkan grafik untuk menjadikannya lebih menarik, kalau tidak video itu bercakap saja, (bimbang) penonton bosan," – Hasan Ali

Sekali baca statement Hasan Ali diatas, kita terbayangkan Hasan Ali macam toke video, la pulak.

Tidak timbulkah persoalan bahawa video yang akan disiapkan nanti, telah di ‘tempered with’ atau telah di olah suai dan bukannya original. Hasan Ali telah membuka ruang awal-awal kepada pengkritik beliau dengan mendedahkan video itu telah disunting oleh beliau. Adakah ini tindakan yang bijak?

Jika video tersebut boleh disunting-sunting, maka pengakuan pasangan suami isteri yang pernah menjadi mangsa kegiatan pemurtadan umat Islam di Selangor, mungkin juga upahan. Ia dianggap hanya bertujuan untuk memburukan aktiviti gereja terbabit yang bergiat aktif dalam memurtadkan orang Islam secara terang-terang.

2- Hasan memaklumkan juga beliau akan memanggil satu sidang media khas untuk menyiarkan video berkenaan sedikit masa lagi. Dengan itu akan terbukti jelas bahawa, kepalanya ialah Hasan Ali.


Bersedia kah Hasan menerima padah saman menyaman oleh Gereja terbabit yang dibiayai dari luar negara demi menegakan syiar Islam?

Siapa kah yang akan membantu Hasan, adakah Umno atau PAS, dimana kedua-duanya berdetum-detam mengaku menegakan syiar Islam? Atau Hasan akan kesorangan didalam hal ini?
Awal-awal Sudah Terkedu - "Murtad Hal Peribadi" 
PKR - Murtad Hak Asasi Manusia.

3- Pendirian PKR cukup jelas didalam hal ini, iaitu tidak mahu campur walaupun berlaku dibawah hidung pemerintah Selangor kelolaan Pakatan, seperti yang diakui Hasan dan Khalid Ibrahim.

"Saya tengok jawapan daripada Menteri Besar tadi, jawapan yang tidak menyelesaikan masalah. Terpulang kepada keluarga masing-masing, rakyat untuk menentukan supaya orang Islam tidak terlibat. Terpulang itu nak pulangkan macam-mana?," – Hasan Ali

MB Khalid Ibrahim betul-betul panas bontot dan Pakatan akan goyah dan kecundang di Selangor.

Kita tunggu reaksi ganas dan panas Khalid Gereja Samad selepas ini untuk membantu Khalid Gagap.
Sedang meminta bantuan gereja...Adakah Murtad Hal Peribadi Juga?

Sumber asal AntaraPOS.

1 comment:

  1. Setelah mengikuti beberapa ceramah Dr. Hassan Ali
    ...di dapapti Dr.Hassan Ali banyak menyerang parasit2 yang ada dalam Pashit. Bagaimana pula tentang fatwa2 yang di keluarkan oleh Hj. Hadi dan Nick Aziz yang mengkafirkan orang melayu/islam yang lain???? Rasa nya tudohan itu berat juga !!
    What's your comment Dr????

    ReplyDelete