Multiple Pages

21/03/2012

Hasan Ali Belasah Dr Rani Dalam Dewan. “Jumpa Pakar Psikologi Untuk Ubati Masalah Awak"


Oleh: HHalem.

1- Datuk Hasan Ali (BEBAS-Gombak Setia) memulakan tugas pertama beliau sebagai wakil rakyat BEBAS di dewan undangan negeri Selangor dengan menerkam seperti serigala keatas bekas-bekas rakan PAS yang cuba membelasah beliau.

Mangsa pertama ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang kelmarin mengutuk Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja.

Ini berlaku apabila Abdul Rani cuba mencelah dan mencari penyakit dengan mengutuk Hasan ketika berucap.

Hasan membelasah dengan meminta Dr Rani berjumpa pakar sakit jiwa kerana bermasalah.

"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco  (Selangor) selepas saya telah digugurkan”

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya,"

Berang dengan Hasan, Dr Rani sekali lagi mencelah dan mencuba nasib beliau sekali lagi.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalasi:

"Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baik bagi semua orang.”


2- Hasan Ali cukup garang didalam Dewan menyerang bekas-bekas sahabat beliau, tetapi apa yang kita mahu tahu dan lihat ialah adakah beliau akan berjaya mempengaruhi penganut tegar PAS menyebelahi beliau atau Umno-BN.

Dan yang paling mustahak sekali ialah adakah beliau akan mendapat sokongan dan menang pada PRU13 nanti. Kita yakin Umno-BN akan turut membantu Hasan untuk mencapai cita-cita tersebut.

Sumber utama Mkini.

No comments:

Post a Comment