Multiple Pages

16/03/2012

Terkini. Guan Eng Tipu Kontraktor Melayu. Umpan Dengan Projek Yang Mustahil.


Oleh: HHalem.

Perhatikan betul-betul 4 senarai projek dibawah, yang dijanjikan oleh Guan Eng kepada Kontraktor Melayu PP,  kesemuanya adalah projek-projek rancangan semasa pentadbiran Kerajaan BN di Pulau Pinang. Terutamanya Terowong Bawah Laut yang dibatalkan sebelum ini oleh kerajaan BN kerana lokasi Penang Second Bridge lebih diutamakan. Ia bertujuan untuk membawa arus pembangunan di kawasan yang ramai Melayu dan untuk mengelakan sesak lalu lintas di jalur Padang Kota Lama sehingga Gurney Drive.

Akibat dari janji-janji Guan Eng, maka ramai lah Kontraktor Melayu akan menyokong dan memberi undi kepada DAP selepas ini dan ahli-ahli persatuan diminta menyokong Lim Guan Eng supaya kesinambungan projek dapat diteruskan tanpa gendala oleh pertukaran kerajaan DAP ke BN.

Yang pastinya, ramai juga yang akan terkeliru dengan kenyataan Datuk Izham samada mereka perlu memberi sokongan, “ke atas projek-projek infrastruktur yang dicadangkan” atau “memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri PP Lim Guan Eng”.

“Justeru, saya ingin menyatakan sekali lagi sokongan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ke atas projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” - Izham.

Tapi yang sahih nya semua akan mentafsirkan bahawa Kontraktor Melayu menyokong penuh Lim Guan Eng dan di hebahkan untuk tujuan kempen PRU13.

Apa yang Kontraktor Melayu seperti Datuk Fadzil dan Datuk Izham ini tidak sedar ialah, “Pakatan akan laksanakan projek-projek ini jikalau PR dapat menawan Putrajaya”. Mereka berdua akan diperkuda DAP supaya menyeru semua ahli persatuan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Lim Guan Eng.


Selepas lima tahun lagi, baru lah Kontraktor Melayu Pulau Pinang akan tersedar bahawa mereka sekali lagi ditipu oleh DAP. Dan ia akan berlarutan dari satu jenerasi ke satu jenerasi.

Kontraktor Melayu Pulau Pinang didalam delima sekarang, tidak diberi projek dikatakan DAP menindas Melayu, di janjikan projek pun dikatakan DAP menindas Melayu PP. Oleh itu berfikir lah kontraktor Melayu tentang cara, kaedah dan janji-janji DAP yang lebih kearah penipuan secara halus.

Memang benarlah apabila sebelum ini Guan Eng sebelum ini mengelar bahawa “Kontraktor Umno, Dayus, Lembik dan Bodoh” >
  
....Berita Roketkini..... 
 ....start...
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang menyokong hasrat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk membina empat projek infrastruktur di negeri tersebut.

Empat projek tersebut adalah:

1. Terowong bawah laut 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (Butterworth)

2. Jalan 15km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang.

3. Jalan pintas 5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

4. Jalan pintas 5km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu


Menurut Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang, Datuk Izham bin Dato Omar Merican, persatuan itu sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di Seberang Prai Utara.

“Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU. Justeru, terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terowong bawah laut itu juga akan memastikan bahawa orang Melayu di SPU akan dapat menikmati pembangunan yang setara dengan kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang.

Tambahan pula, katanya, orang Melayu yakin bahawa projek-projek itu, khususnya terowong bawah laut, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang mudarat kepada penghuni-penghuni kawasan-kawasan yang terbabit, malah akan membawa kemajuan kepada mereka.

“Kami juga bersetuju dan yakin dengan janji kerajaan negeri bahawa semua prosedur dan peraturan yang berkenaan akan dituruti, seperti proses rundingan umum untuk rekabentuk, pemilihan laluan dan juga kajian kesan alam sekitar.

Semua proses-proses ini hendaklah dipersetujui terdahulu sebelum kelangsungan projek-projek tersebut. Sekiranya terdapat masalah yang tampil semasa proses-proses tersebut, dan jika projek-projek tersebut didapati kurang sesuai, maka ia tidak akan dilaksanakan,” tambah beliau.

Izham menjelaskan bahawa persatuannya yakin bahawa semua syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan akan dipatuhi dan diluluskan.

“Justeru, saya ingin menyatakan sekali lagi sokongan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ke atas projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” ujarnya.

 ...end...

4 comments:

  1. biasa lar Melayu ni suka diperkudakan cina... macam PAS jugak... bodoh tak terhingga... bila nak jadi pandai dahhh...

    ReplyDelete
  2. ni melayu mana yang sokong ni???jambatan pulau pinang ada tol dok bising2|!!!! apa ko ingat terowong boleh masuk free jer ker sapa yang nak jaga terowong tu....konsurtium kontraktor melayu penang ke?

    ReplyDelete
  3. Tipu Melayu Terkini "Melayu Tipu Sama Sendiri" ..... amacam bro boleh saya post my pendedahan "exclusive" saya kat sini ? :) ..... hehehehehe

    ./eisaemillio

    ReplyDelete
  4. Melayu asyik dok betekak..cina dok buat duit gila2...pru 13 cina menang baru padan muka melayu semua
    "TAKAN HILANG MELAYU DI DUNIA" betoi betoi...tapi ....lepaih ni..semua melayu hilang kuasa...padan muka hampa semua..bergaduh la lagiiii...bangsa mana nak tolong kita lg...kalau bukan bangsa melayu kita sendiri.....pkr ka,umno ka,pas ka menang...jgn tipu la...semua org yg dok kat ataih tu nanti memang nak buat duit dan kuasa.. biaq p laaaaa...janji rakyat terbela..kita soru tak miss anak2 kita dapat tu ni dari kerajaan sudah laaa...esok ni,cina menang biaq padan muka kita orang melayu semua...baru masa tu ada akai...sudah la wahai teman2...mai kita bersatu...naikkan semangat kita org melayu..ingat zaman nenek moyang kita berapa susah depa dulu...parti apa yg ada dari dulu hingga skang? ...sendiri mau ingat...
    Salam....
    -NYAK

    ReplyDelete