Multiple Pages

27/04/2012

BERSIH 3.0 - Ambiga Terima Surat Mahkamah. Kali Ini Peluang Ambiga Di Tangkap Amat Cerah.


Oleh: HHalem.

Polis perolehi perintah mahkamah tutup Dataran Merdeka 4 hari
Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah memperolehi perintah mahkamah dari Majistret semalam, untuk menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perintah mahkamah ini dikeluarkan majistret bernama Zaki Asyraf bin Zubir, diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini.  Ambiga dan penganjur BERSIH dirujuk sebagai "Responden" dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ini.

Berbeza dengan perintah mahkamah untuk berdepan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, yang menyenaraikan 91 nama orang yang dilarang masuk ke kawasan pusat bandar, perintah mahkamah kali ini menghalang semua orang awam daripada terlibat dalam perhimpunan.
Bakal Di Tahan.

Elak gangguan ketenteraman awam
Majistret memberi alasan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.


"DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa BERSIH 3.0 akan meneruskan Perhimpunan tersebut waïaupun tiada kelulusan dari pihak DBKL atau dimaklurnkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi”

“DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa adalah  perlu bagi suatu tíndakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau  keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gèmparjika Perhimpunan tersebut diadakan”

“DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa suatu perintah Iarangan adalah amat diperlukan dan dikeluarkan secara dengan segera atas kesuntukan masa memandangkan Perhimpunan tersebut akan  diadakan pada 28.4.2012."

Pada bahagian akhir perintah mahkamah tersebut menulis:-

"...sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah No C.T. (R) 4366 seksyen 59, adalah dengan ini dilarang, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012."
Pengadang Yang Di Lihat Cukup Lemah 
Sekali Rempoh - Sekali Tolak - Terburai.

Perhimpunan BERSIH 3.0 tetap akan dijalankan.
Dalam satu sidang media tadi, Ambiga Sreenevasan bertegas bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tetap akan dijalankan pada hari esok, bermula dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 2 petang.  

Ambiga berkata bahawa mereka akan menghampiri Dataran Merdeka, dengan berkumpul di enam lokasi, iaitu Masjid Negara, Jalan Sultan, Pasar Seni, Masjid India, Brickfiled dan KLCC.

Ambiga berkata, pihaknya tidak akan menembusi sekatan, malah tidak akan melanggar order (break the order).  Bagaimanapun, BERSIH berharap kerajaan dan DBKL menunjukkan niat baik agar membuka Dataran Merdeka untuk digunakan pihak BERSIH.

Sumber Merdeka Review
Ghatering Points. 
Jadi Apa Yang "Duduk Bantah" nya.- Bohong.

Review HHalem:-
Surat mahkamah telah dikeluarkan atas nama Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan dan Penganjur BERSIH yang dirujuk sebagai "Responden".
Ini bermakna jika kesalahan dilakukan oleh perusuh-perusuh Pakatan Rakyat yang tidak endah undang-undang dan akan melakukan provokasi untuk memecah masuk kedalam “kawasan Dataran Merdeka”, maka Ambiga dan Penganjur Bersih boleh ditangkap dengan mudah oleh pihak polis.

“Kawasan Dataran Merdeka” membawa maksud “kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab, kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor”

Jadi ia juga membawa maksud, kepada sesiapa yang lari masuk kedalam atau berada didalam tanah No C.T. (R) 4366 seksyen 59, Kelab DiRaja, tidak boleh ditahan atau di dakwa oleh polis.

Maka Anwar, Hadi, Pok Nick, Ambiga dan lain-lain lagi Penganjur akan selamat jika mereka berada didalam Kelab Diraja Selangor.

Kita tunggu dan lihat. Mungkin ada kematian juga kali ini.
Sempat ka perusuh-perusuh itu duduk dan bantah, disebabkan mereka akan berjalan dari Gathering Points ke Dataran Merdeka. Sepanjang perjalanan, kemusnahan akan berlaku.

4 comments:

  1. Dah lama kami tunggu, bila pariah ni nak kena tangkap. Persatuan pun tak berdaftar dan berhimpun pun secara haram, menganggu ketenteraman orang lain.

    ReplyDelete
  2. Tuan Hhalem,

    Himpunan Haram ini yang berselindung disebalik Nama Bersih 3.0 bermotif serta berniat jahat.
    Kesengsaraan Rakyat yang tidak menyokong Akan pergerakan ini telah di Liwat oleh Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim,
    dengan segala kerumitan akibat Bersih ini.

    Pakatan Haram mempunyai "Think Tank" yang Gerak atur mereka memusnahkan. Dengan secebis idea busuk Akan disamvut oleh
    Gerembolan Lembu Lembu yang terdiri Daripada mereka yang buta politik!

    Malangnya Lembu Lembu ini 98% adalah Melayu yang Pegawai mereka bijak. Sememangnya Anwar bijak mengekploitasikan Lembu Lembu ini.

    Untuk menamatkan pergerakan ini, kita hendaklah mematikan segala Fitnah mereka. Ini sahaja modal yang Ada pada mereka.
    Pada Himpunan Bersih Kali ini, hendaklah mengajar Ketua mereka Ambiga dengan tegas serta mempariahkan Akan dirinya!

    Tarik balk Datukship manusia durjana kepada negara ini serta Datukship yang lain...mereka tidak layak serta tidak sepatutnya menerima gelaran ini!

    ARK2


    Tuan Hhalem,

    Himpunan Haram ini yang berselindung disebalik Nama Bersih 3.0 bermotif serta berniat jahat.
    Kesengsaraan Rakyat yang tidak menyokong Akan pergerakan ini telah di Liwat oleh Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim,
    dengan segala kerumitan akibat Bersih ini.

    Pakatan Haram mempunyai "Think Tank" yang Gerak atur mereka memusnahkan. Dengan secebis idea busuk Akan disamvut oleh
    Gerembolan Lembu Lembu yang terdiri Daripada mereka yang buta politik!

    Malangnya Lembu Lembu ini 98% adalah Melayu yang Pegawai mereka bijak. Sememangnya Anwar bijak mengekploitasikan Lembu Lembu ini.

    Untuk menamatkan pergerakan ini, kita hendaklah mematikan segala Fitnah mereka. Ini sahaja modal yang Ada pada mereka.
    Pada Himpunan Bersih Kali ini, hendaklah mengajar Ketua mereka Ambiga dengan tegas serta mempariahkan Akan dirinya!

    Tarik balk Datukship manusia durjana kepada negara ini serta Datukship yang lain...mereka tidak layak serta tidak sepatutnya menerima gelaran ini!

    ARK2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan:-)
      Tarik balik Datukship Anwar, amat di persetujui..

      Delete
  3. great issues altogether, you just gained a emblem new reader.
    What could you recommend in regards to your put up that you just made some days in the past?

    Any sure?

    Also visit my web site declaring bankruptcy in florida

    ReplyDelete