Multiple Pages

04/04/2012

BERSIH 3.0 – Kecuh 500,000 Humpun Dalam Dan Luar Negara.


Oleh: HHalem.
Tajuk :- "DUDUK BANTAH" Kemudian Baling Botol.



2- Antara tuntutan Bersih 3.0 ialah:-


       - membersihkan sistem pilihan raya, 
       - pembaharuan pengundian pos,
       - penggunaan dakwat kekal,
       - akses media yang adil,
       - 21 hari tempoh berkempen,
       - pengukuhan institusi awam,
       - hentikan rasuah politik, dan
       - hentikan politik kotor.

Bersih 3.0 adalah juga disebabkan ketidakpuasan hati terhadap laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya yang telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat semalam tanpa dibahaskan.

3- Sesiapa yang berfikiran waras akan dapat mengetahui bahawa tuntutan Bersih 3.0 hanyalah berselindung disebalik tujuan asal, iaitu menimbulkan keliru rakyat terhadap kerajaan dan membenci pemerintah yang ada sekarang sempena PRU 13 akan datang.

Kita ambil dua contoh, iaitu ‘hentikan rasuah politik dan politik kotor'. “Hentikan” adalah relatif dan tidak ada kesudahannya walaupun 10 kali lagi PRU. Siapa kah yang akan mentafsirkan ia adalah ‘politik kotor’ dan mentafsirkan ia adalah ‘rasuah politik’. Adakah dari kacamata PKR atau PAS atau DAP? Jika dari kacamata Pakatan ia sudah tentu tidak akan ada kesudahan sehingga azali.

Jadi tuntutan itu adalah wayang yang tidak akan ada kesudahan yang sengaja direka-reka dan tidak akan ada penamat.

Ini disebabkan PAS-PKR-DAP sendiri pun, dari kacamata Umno, tidak lah bersih seperti yang mereka laung-laungkan. Malah Pakatan lebih teruk dan menjijikan lagi dari sejarah pemerintahan mereka di Selangor dan Penang.

4- Contoh satu lagi ialah “pengukuhan institusi awam”. Ia amat lah relatif dan tidak akan ada kesudahannya. Sampai bila pun Pakatan tidak akan berpuas hati selagi mereka sendiri tidak menakluki Putrajaya. Kemudian apabila diberi peluang memerintah di Selangor, Perak, Kedah dan Penang, berlaku lah caca-marba.

Adakah Pakatan mengeluarkan Manual & Procedure, yang mereka kehendaki dan berpuashati mengikut citarasa sendiri, untuk dijadikan contoh dengan apa yang dimaksudkan ‘pengukuhan' itu. Sudah tentu tidak, kerana Pakatan sendiri pun masih lagi terhoyong hayang dan tidak kukuh. Malahan, pergi lah bertanyakan kepada bijak pandai PAS-PKR, apakah yang dimaksudkan 'pengukuhan' tersebut. Mesti mereka terlopong untuk memberi jawapan.

Wayang kulit Pakatan (Bersih 3.0) amat mudah difahami  dengan maksud asalnya iaitu Pakatan ingin menghuru-harakan dan menimbulkan keliru rakyat terhadap PRU dengan harapan dapat mengulangi sejarah penaklukan mereka pada 2008. Ini dilakukan dengan berselindung dibelakang BERSIH.

Cukup mudah difahami tipu muslihat !!

  
5- Perkembangan yang menarik dan bakal mencetus pergaduhan ialah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Malah, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sudah pasti, seperti Bersih 2.0, kekecuhan dan kekalutan akan berlaku, dan ini lah yang dikehendaki oleh Pakatan.

Memang mudah difahami !!


5 comments:

  1. apa nak jadi lah tak habis2 nak berdemo aje. Free sangat mereka ni rupanya. hmmm

    ReplyDelete
  2. As-Salam Tuan Halem,

    Al-Jubs sememangnya pakar didalam mengelirukan rakyat.
    ramai yang TIDAK MAMPU SEDAR akan diri mereka telah di PERBODOHKAN serta DIPERLEKEHKAN dan DIPERGUNA bagai kambing-kambing kampong yang di suruk membuat bising.

    Khayalan 500,000 orang jikalau di terjemahkan kepada undi untuk mereka Pakatan Haram sememangnya besar dan lumayan.

    Jika itu adalah keyakinan mereka...tunggu PRU13 apa perlu berdemo di jalanan?

    Rasanya tidak sampai 5000 kambing bodoh akan turut serta. jangan mimpi basah bersama Ambiga dan Anuwar!
    Menambahkan kebencian yang sedia ada pada Pakatan Haram sudah tentunya.

    Kalau ini terjadi, mereka yang Anti-Demo Bersih akan bersiap sedia gempur!
    Dah lama lemak naik kepala.

    ARK2

    ReplyDelete
  3. kita tengok pelakun handalan opera cina,pelakun filem tamil,pelakun bangsawan melayu dan dibantu puluhan ribu lagi pelakun tambahan menjayakan satu darma bersiri bertajuk BERSIH 3,TONTON JANGAN TAK TONTON tiada bayaran dikenakan,keselamatan diri anda adalah tanggungjawab anda sendiri,

    ReplyDelete
  4. xkan org nk wat demonstrasi pun xbleh?
    malaysia kan negara bebas.
    tu pun dah takut?

    ReplyDelete
  5. Orang Malaysia cinta keamanan...buat apa nak takut dengan Bersih?

    We are all Malaysians...takkan yang pergi Bersih tu PATI dan orang Bangla/Indonesia yang diberi IC biru kot.

    Jom sama-sama kita memeriahkan Bersih 3.0 :)

    ReplyDelete