Multiple Pages

29/04/2012

Bersih 3.0 – PDRM Keluarkan Nama Pembangkang Yang Menghasut. Adakah Tangkapan Akan Di Buat Segera.


Oleh: HHalem.

Hebahan Media Pihak Polis PDRM telah merumuskan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pembangkang berikut bertanggongjawap terhadap rempuhan oleh perusuh-perusuh di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan kecederaan dan terpaksa dirawat. Mereka telah menghasut supaya bertindak agresif terhadap pihak Polis.

1- Masjid Negara  - Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang
2- LRT Masjid Jamek – Anwar Ibrahim, Ambiga
3- Jalan Tun Perak – Azmin Ali
4- SOGO – Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehuddin Ayub.

“Sebelum peserta perhimpunan merempuh dan memasuki Dataran Merdeka, terdapat beberapa orang pemimpin pembangkang dan NGO, telah memberi ucapan kepada peserta perhimpunan”

“Selepas ucapan tersebut, peserta perhimpunan telah bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek ke arah Polis dan merempuh penghadang serta bergerak menghala ke Dataran Merdeka. Pihak polis telah mengambil tindakan dengan melepaskan tembakan air dan kemudiannya di ikuti dengan gas pemedih mata bagi menghalang kemaraan kumpulan tersebut..” - Ketua Polis Kuala Lumpur, dari FB PDRM.


Jelas lah kepada kita bahawa sebagai rekod rasmi kerajaan, perusuh-perusuh telah bertindak agresif selepas di api-apikan oleh pemimpin politik. Oleh itu pihak Polis terpaksa bertindak segera dengan melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata.


Jika terdapat segala bukti-bukti dan pihak PDRM telah mengeluarkan Kenyataan Media yang pemimpin Pakatan bertanggunjawap, maka tindakan selanjutnya ialah menahan mereka kerana menghasut sehingga menimbulkan huru-hara dan menyebabkan kecederaan awam.

Sanggup kah pihak Polis bertindakan demikian atau mereka akan menunggu arahan selanjutnya dari Hishamuddin.


Hishamuddin pula akan memberi jawapan standard, “kita serahkan kepada pihak Polis”.

Pihak Polis pula akan mengeluarkan jawapan standard, “sehingga kini kita belum ada menerima apa-apa lapuran dari orang awam, maka kita tidak boleh memulakan siasatan untuk diambil apa-apa tindakan”

Kadang-kadang kita naik give-up juga. Penghasut dan pengkhianat negara seperti Anwar dan Ambiga tetap bermaharaja lela dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan sistem birokrasi untuk menghancurkan negara.

Apa yang kita boleh buat, selain tunggu dan lihat negara dihancurkan satu demi satu.


Tunggu pi tunggu mai, datang pula Bersih 4.0.



8 comments:

  1. TANGKAP LAH SAJA MASUK KE DALAM ISA....TAPI...MASIH ADA KAH LAGI ISA TU? ITULAH KERUGIAN PADA KITA YANG CINTAKAN KEAMANAN. BILA ORANG RAMAI NASIHAT SUPAYA JANGAN MANSUHKAN ISA, HISHAMUDIN DAN NAJIB TERGESA-GESA NAK DAPAT SOKONGAN DARI PIHAK MINORITI UNTUK MENANG UNDI KONON DGN MANSUHKAN ISA. INILAH HASILNYA DARI KETIADAAN ISA. NEGARA HABIS ROSAK DGN PUAK2 PENGKHIANAT DAN PENGHASUT. SEBAB ITU ISA MASIH RELEVAN UNTUK KEAMANAN MAJORITI RAKYAT NEGARA INI.

    ReplyDelete
  2. negaara kita berbilang bangsa dan amat senang musuh2 islam dan musuh politik mengambil peluang dgn lakukan berbagai2 cara untuk mewujudkan keadaan huru hara, sebab itu Isa sepatutnya perlu dikekalkan dan masih relevan untuk menyekat dari segala bentuk ancaman musuh tersebut.

    ReplyDelete
  3. Hishamuddin penakut buat keputusan!

    ReplyDelete
  4. Ganti orang lain yang lebih tegas dari Hishamuddin. Sekarang kalau tangkap pun tak guna juga. Itu pun yang dia mahu kan. Supaya dia di tangkap. Untuk ape. Anda sendiri boleh fikirkan....

    ReplyDelete
  5. tak ada hati perut. anwar dan ambiga patut mendapat balasan setimpal. berapa banyak dosa polis itu terhadap kamu berbanding dosa kamu terhadap rakyat? ko anwar sudah tua, waktu begini ko patut hadapi persedian ke alam kubur. bukan menyusahkan orang hanya kerana nafsu serakah kau. atau kau memang dajal?

    ReplyDelete
  6. Hishamuddin lemah!!

    ReplyDelete
  7. Dato Menteri Hishamuddin...do the honourable...VACATE the seat, please.
    There are more solid balls around that can bite the bullets as compared to you!

    Thank you for the memories, sir!

    ARK2

    ReplyDelete
  8. hishamuddin please pack up from KDN....u r just a weakling duck...

    ReplyDelete