Multiple Pages

09/04/2012

Dana Haram. Bank Negara Tidak Boleh Siasat Anwar. Terkejut & Penat !!


Oleh: HHalem.

1- Puas bertahun-tahun, pelbagai blog-blog dan ahli-ahli politik mendedahkan Anwar menerima sumbangan dana dari luar negara, terutama dari Amerika Yahudi, samada dengan bukti kukuh atau tidak; tetapi hari ini kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Rupa-rupa nya Bank Negara Malaysia (BNM) belum menerima apa-apa aduan mengenainya untuk dibolehkan tindakan/siasatan diambil terhadap Anwar.

Kenapa sekarang, baru perkara ini didedahkan yang Bank Negara tidak menerima apa-apa aduan. Cukup sia-sia segala usaha yang dilakukan pelbagai pihak dengan riuh rendah bertahun-tahun.

“Setahu saya BNM tidak menerima apa-apa aduan untuk membolehkan BNM membuat kajian (tindakan),” – Awang Adek selepas melawat peti undi Kampung Pauh Sembilan, Bachok.

Awang Adek berkata ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak bahawa parti pembangkang menerima dana asing bagi tujuan kempen untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13 kelak.

2- Itu sahaja Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan bolah katakan, beliau tahu bahawa ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat bagi sesebuah negara dan negara boleh tergadai kepada kuasa asing.

Tidak sihat disebabkan oleh ketamakan Anwar untuk menjadi PM dan juga tidak sehat disebabkan acuh tidak acuh pihak kerajaan dan pihak Umno, yang sehingga kini masih leka dan tidak mengambil tindakan pro-aktif membenteras kegiatan Anwar.

Ini adalah satu contoh terbaik dimana pemimpin Umno hanya play-safe dan membiar akar umbi dan wakil rakyat bebas berperang menentang Anwar Pakatan Rakyat.


Sumber DetikPerubahan>

4 comments:

  1. Rupanya di negara kita kalau tak ada aduan maka tidak ada tindakan. Pihak yg berkuasa kalau nampak benda tak betul depan mata bole diam diri kalau tak ada org lain buat aduan. Cara bacul rupanya yg di amalkan di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Rupanya di negara kita kalau tak ada aduan maka tidak ada tindakan. Pihak yg berkuasa kalau nampak benda tak betul depan mata bole diam diri kalau tak ada org lain buat aduan. Cara bacul rupanya yg di amalkan di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ambil tindakan macamana bila tak ada laporan atau bukti....saya rasa apa yg di nyatakan oleh Awang Adek ada logiknya serta berlandaskan undang undang dan bukan pakai dengar cakap saja.Di harap saudara Mael kumpul bukti banyak banyak dan terus buat repot polis serta panjangkan ke Bank negara,maka dgn cara tu bolehlah rakyat mengikuti perkembangannya.

      Delete
  3. Yang sebenarnya, orang politik, x kira lah apa2 parti politik pun, termasuk BN yang memerintah, tidak akan cuba mengorek perihal keawangan musuh politik mereka kecuali terpaksa, kerana, mereka bimbang, pihak musuh juga akan mendedahkan, perihal keawangan mereka, ini dinamakan persefahaman batiniah alpolitik.

    ReplyDelete