Multiple Pages

10/04/2012

Hadi Awang Dan Pok Nick Bertelagah Pendapat Mengenai BR1M.


Oleh: HHalem.

1- Lihat pandangan dan pertelagahan pendapat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, yang mengatakan BR1M adalah rasuah politik yang diucapkan beliau di Majlis Minum Petang Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta di Kuala Lipis, kelmarin.

Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti.”

“Rasuah politik pusingan kedua sebagaimana yang diumumkan Najib itu mungkin lebih besar jumlahnya dan mencakupi pelbagai perkara lagi. Ia tentulah sesuai dengan hasrat untuk memenangi pilihan raya dengan cemerlang, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri,” – Sinar Harian >

Dengan pandangan Hadi itu, maka ramai orang-orang PAS yang kemarok teragak-agak untuk mengambil BR1M kerana ia dianggap rasuah oleh pemimpin tertinggi mereka.


2- Melihatkan keadaan dimana ahli-ahli PAS sudah celaru, seperti biasa, Pok Nick timbul memberi pandangan yang bertelagahan pendapat yang berbeza untuk menyelamatkan ahli-ahli yang kebulur duit yang dikatakan haram dan rasuah politik sebelum ini.

Sekali gus pandangan Hadi dibidas oleh Pok Nick dan beliau menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

“Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung”

“Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik,” – Pok Nick di Harakah >

Habis macam mana nak ikut PAS kerana ahli-ahli mereka hidup didalam keceleruan disebabkan oleh pemimpin yang tunggang langggang pendapat mengenai sesuatu perkara.

Seorang kata wang  BR1M adalah ‘rasuah politik’, seorang pula kata wang BR1M adalah “milik rakyat”.

No comments:

Post a Comment