Multiple Pages

17/04/2012

Kempen Desak Kerajaan Negeri Selangor Mansuh Pinjaman Negeri.


Oleh: HHalem.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar-pelajar yang berdemo di Dataran Merdeka, ialah mendesak kerajaan Selangor dan Kedah supaya memansuhkan Pinjaman Pelajaran Negeri masing-masing terlebih dahulu.

Ia adalah sebagai contoh, sebelum PTPTN di minta dilangsaikan dan dihapuskan seperti yang dihasut oleh Anwar.

Kempen besar-besaran perlu di adakan sebagai tindak balas untuk membuktikan kerajaan Pakatan adalah Kerajaan Berkebajikan.

...Ikuti petikan SinarHarian...

Peminjam skim Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memansuhkan bayaran­ pinjaman berkenaan terlebih dahulu sebelum meminta kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Peminjam, Hafez Shuriddin meminta Kerajaan Negeri menukarkan pinjaman berkenaan kepada biasiswa jika ingin menjaga kebajikan rakyat.

“Ini tidak pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak terlebih dahulu mempraktikkan memansuhkan pinjaman SUK itu, tetapi sibuk memperjuangkan untuk memansuhkan PTPTN”

“Jika benar negeri berkebajikan sekali gus Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan tindakan berkenaan segera tanpa mengarahkan mana – mana pihak untuk mencabar PTPTN supaya dimansuhkan,” katanya di Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat.

Hafez, berkata, beliau kesal isu PTPTN dibangkitkan sedangkan Kerajaan Negeri lebih mendesak dengan menghantar surat peguam sebanyak empat kali dengan setiap caj sebanyak RM100 kepadanya sebagai peminjam SUK.

Katanya, beliau yang tamat pengajian pada 2003 diarah menjelaskan pinjaman RM24, 050 dan sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman berkenaan pada 2004 hingga 2011 tetapi pernah didesak untuk menjelaskan bayaran secara pukal RM 9,857.

2 comments:

  1. Ello tuan blogger,

    Kerajaan persekutuan bawah UMNO BN tak kutip cukai kat Selangor ke ?. Tau tak tuan kutipan cukai dari Selangor antara negeri tertinggi menyumbangkan tax kepada federal tapi kerana kerana PR yang kuasai Selangor, budget federal ke negeri Selangor ni tak seperti semasa UMNO BN kuasainya dulu..jauh dikurangkan. Abis kenapa tanggungjawab itu nak lepaskan kepada PR saja tapi buat2 lupa bla time pungut tax. Menasabah ke tuan blogger oii ?

    Kutipan tax terbanyak adalah diperingkat federal. UMNO BN yang memegang kunci khazanah negara, bukan kerajaan Selangor. Kalau merasa Selangor tu bukan Malaysia dan tidak dalam kerajaan persekutuan, elok UMNO BN jangan pungut apa2 cukai pun dari rakyat Selangor..then biar Selangor yang kutip sendiri. Masa tu..PR Selangor baru boleh bertanggungjawab atas semua hal termasuk soal pinjaman yang tuan sebut tu.

    Ini tak..segala cukai di Selangor sapu...tapi tanggungjawab nak lepaskan. Banyak cantiq perangai UMNO BN ! Sebab tu BOCOR banyak sangat..sebab abaikan tanggungjawab..dan fikir nak masuk poket sendiri dsn kroni jer. Sampai bila pun tak cukup laa kalau macam nu perangai pemimpin UMNO BN.

    ReplyDelete
  2. Anon 08:55, Aik, apa pula cakap pasal tanggung jawab Umno/Bn, bagaimana dengan tanggungjawab PR Kerajaan Selangor sendiri kpd rakyatnya, tu la, kita jangan suka main Isu, bila orang terbalikan Isu tu, terkena batang hidung kita, kita mengelabah biawak, bercakap mcm org x sekolah, x kira siapa perintah BN ataupun PR, apa2 cukai kerajaan2 Negeri yang telah termaktub, kena dibayar kpd Kerajaan Persekutuan (MALAYSIA), kena bayar, yang tu pun hang x faham, macam mana hang nak bercakap tentang tanggung jawab Negara Malaysia, setahu aku Malaysia cukup bertanggung jawab kpd rakyatnya, hang & puak2 hang saja, x mahu mengakuinya.

    ReplyDelete